Ikan Cencaru Sumbat Inti Kelapa

11:30 am

DSC08429ed

Ikan Cencaru Belah Belakang atau ada yang panggil Ikan Cencaru Sumbat. Kebiasaanya disumbat dengan sambal tomato atau sambal kelapa. Yang saya buat ni ialah sambal kelapa. Buat kat rumah mak mentua hehehe..  that’s why tak ada gambar plating sebab segan nak tangkap gambar bagai, orang semua dah nak makan hehehe..

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Inti Kelapa

Bahan-bahan :
3 ekor ikan Cencaru sederhana besar
1 ½ cawan kelapa parut

Bahan Kisar (dikisar dengan sedikit air)
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6-7 biji cili padi / cili merah (nak campur keduanya sekali pun boleh)
1 sudu the serbuk kunyit
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Campur bahan kisar dengan kelapa parut dan gaul rata. Jika termasuk lebih air atau inti sedikit berair, boleh masukkan dalam kuali tanpa minyak dan masak sebentar sambil dikacau sehingga kering sedikit airnya. Rasa garam dan gula secukup rasa.


Ikan di lumur garam dan kunyit. Kemudian sumbat inti kelapa dan boleh la dibakar atau digoreng.

You Might Also Like

8 comments

  1. Ibu nani biasa goreng garing garing ^^

    ReplyDelete
  2. dah lama tak buat cencaru sumbat ni Eny sebab tu,esuk2 nak cari cencaru kat pasar lah tapi kena cencaru besar sikit baru dpt banyak masuk inti kelapa tu kan

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya.. buat cencaru bakar dengan kuah pecal pun sedap jugak nih

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan lg tapi nampak sedap.. hehe

    jemput join Mini GA by Nina + Anies :)

    ReplyDelete
  5. nasib baik tengah kenyang fuuuhhhhh

    Enny, jemput join segmen saya jika sudi=))) TQ!
    http://www.sitisharini.com/2015/02/segmen-wwwsitisharinicom_16.html

    ReplyDelete
  6. telan air liur terus :D sy suka sangat ikan bakar

    ReplyDelete
  7. buat lauk dinner nnti bagus ni..thx sharing resipi :)

    ReplyDelete
  8. thanks resipinya...nk buat buka ptg ni ..huhuhu

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com