Asam Pedas Ikan Patin

2:00 pm

Hai semua,
Saya tengah bercuti sekarang, tak bercuti mana pun, just balik kampung rumah mak mentua, doing some photoshoot kat kampung, ambil gambar bunga, ayam, itik, burung, kera, monyet, dan masak heehee. Disebabkan line 3G di kampung Piandang Lama ni tersangatlah mendukacitakan, saya terpaksa buat auto post semua entry sepanjang saya bercuti. Jadi entry yang anda baca sekarang dan entry selepas ini adalah autopost. Kunjungan balas dan follow back akan dibuat bila saya balik bercuti nanti. Hehehe.

Resepi Asam Pedas Untuk Dia..... eh Asam Pedas Ikan Patin, versi simple habis tapi sodap!


DSC_0542ed

DSC_0553ed

Resepi Asam Pedas Ikan Patin

Bahan-bahan :
1 ekor ikan patin saiz sederhana besar - dipotong dan dicuci dengan perahan limau kasturi
2 senduk cili kisar - cili kering direbus dan kemudian dikisar
1 camca besar pes asam jawa
1 batang serai
2 kiub pati ikan bilis
Terung / timun
sedikit minyak untuk tumis
Air secukupnya
Garam dan gula

Bahan dikisar :
5-6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
sedikit halia
sedikit belacan


Cara-cara :
Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar sehingga garing dan kemudian masukkan cili. Masak sehingga cili benar-benar masak dan garing.

Masukkan air sedikit demi sedikit ikut kepekatan, pes asam jawa, kiub ikan bilis, serai, daun kesum, garam dan gula. Sesuaikan rasanya.

Bila kuah mendidih baru masukkan ikan dan terung. Biar mendidih lagi sehingga ikan masak.

You Might Also Like

9 comments

  1. kadang teringin nak makan ikan patin....tp pe kan daya...sy xleh makan ikan nihh...huhuuhuh

    ReplyDelete
  2. xpernah lagi mkn ikan patin sbb byk lemak..tp tgok gmbr atas ni dah mcm ikan tenggiri plak..huhu

    ReplyDelete
  3. Sy suka masak patin steam. Lagi menyengat rasa patin. Fuuuhhh lama tak makan patin.

    ReplyDelete
  4. SALAM DAN HI , JEMPUT UNTUK MENYERTAI 'IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQ SPECKI' MENANGI HADIAH LUMAYAN SEBUAH IPHONE 5S ORIGINAL DAN HADIAH-HADIAH LAIN. ---> KLIK SINI UNTUK SERTAI<---

    ReplyDelete
  5. entah kenapa ikan patin nih kalau beli kat pasar tak sedap rasanya.. tapi kalau beli kat pahang sedap pulak rasanya.. harganya pun jauh berbeza jugak..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Boleh imagine rasa kuahnya yang memang sedap ni. Haih. Lama tak makan ikan patin asam pedas!

    ReplyDelete
  7. ohhhhh gulp. telan air liur. i remember my friend orang kedah masakkan saya juadah ni. asam pedas. nak nangis bila ingat sebab tak jumpa di mana-mana. apakah spesis ni boleh touching ingat pasal makanan ehekkk.. www.sophiesm.com

    ReplyDelete
  8. asam pedas patin tak pernah buat lagi, selalunya kalau patin masak tempoyak je menu kak ana..tak sabaq nak tgk foto2 Eny dari kampung lak ni ..:)

    ReplyDelete
  9. ikan patin memang sedap. tapi biasanya saya makan ikan patin masak tempoyak. tak pernah rasa lagi masak asam pedas.

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com