Sup Ketam Simple!

9:55 pm

Terbeli ketam segar di Kuala Kedah... eh terbeli apanya, memang nak cari ketam pun cuma terbeli banyak hehehe... Ketam ni kalau fresh macam ni saya prefer dibuat sup atau kukus memang sedap. Nak makan pun senang tangan tak berminyak sangat berbanding dibuat masak cili. Terpulang citarasa masing-masing kan. Sebab saya sukakan rasa asli ketam segar tu.


Simple je sup ketam ni. Bahan pun tak banyak.

Sup Ketam

Resepi Sup Ketam Simple

Bahan-bahan : 
4 ekor ketam
5 ulas bawnag merah - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - diketuk
Sedikit halia cincang
Daun sup dan daun bawang
Sedikit minyak
Air secukupnya
Sedikit perasa maggi Secukup Rasa - kalau tak nak pun takpe
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia sehingga wangi, masukkan air dan ketam, lada sulah, serbuk perasa Maggi dan garam. Rebus sehingga ketam masak. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yang dipotong, dan siap!!

You Might Also Like

16 comments

  1. Dap dap dapppp! Ni kalau makan ni dah tak fikir orang lain dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. makan dengan tekun.. memang tak fikir orang lain dah

      Delete
  2. Pandai masak! Sup ketam pernah cuba...
    Tapi saya tak leh nak makan ketam... aduhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketam sup ni baguih untuk orang demam

      Delete
  3. Mak aihhh. Menarik. Terliur sebentar tengok gambar ketam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar ketam tu memang buat orang lapar

      Delete
  4. nampak macam banyak pulak isi ketam.. sebb skrg kan musim tengkujuh.. ada ketam yg xde isi langsung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi ketam banyak sebab bulan tak penuh(gelap).. anak ikan(makanan ketam) yang bermain di permukaan air tidak sedar kehadiran pemangsa(ketam)..
      Sebab tu ketam nih banyak isinya

      Delete
  5. ada juga yg mengatakan sup ketam sesuai untuk meredakan demam denggi, kak ana tak pasti ttg kebenarannya Eny :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. demam denggi kena minum air dengan banyak.. minum sup antaranya tak kiralah ketam ke atau ayam.. asalkan masak dengan banyak air.. yang penting bukan isinya tapi airnya .. hehehe

      Delete
  6. terbeli banyak..kikiki...boleh pelbagaikan masakan ketam...bestnya

    ReplyDelete
  7. Eny...nak sepit ketam tu leh tak...geram tgk...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh bagi.. saya pun nak juga

      Delete
  8. I loike ketam! Tapi tiap kali makan mesti bibir bengkak, klon enjelina joli :P

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com