Terbeli ketam segar di Kuala Kedah... eh terbeli apanya, memang nak cari ketam pun cuma terbeli banyak hehehe... Ketam ni kalau fresh macam ni saya prefer dibuat sup atau kukus memang sedap. Nak makan pun senang tangan tak berminyak sangat berbanding dibuat masak cili. Terpulang citarasa masing-masing kan. Sebab saya sukakan rasa asli ketam segar tu.

Simple je sup ketam ni. Bahan pun tak banyak.

Sup Ketam

Resepi Sup Ketam Simple

Bahan-bahan : 
4 ekor ketam
5 ulas bawnag merah - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - diketuk
Sedikit halia cincang
Daun sup dan daun bawang
Sedikit minyak
Air secukupnya
Sedikit perasa maggi Secukup Rasa - kalau tak nak pun takpe
1 sudu kecil lada sulah
garam secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang dan halia sehingga wangi, masukkan air dan ketam, lada sulah, serbuk perasa Maggi dan garam. Rebus sehingga ketam masak. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yang dipotong, dan siap!!