Sedap Juga Nasi Goreng Kimchi!!

10:53 pm

Saja try buat untuk dinner lewat malam. Sedap jugak!!! Letak bahan simple dan apa ada je kat dapur. Ada lebihan ikan goreng, saya buang tulang dan ambil isinya, tumbuk sikit dan masukkan dalam nasi goreng. Untuk resepi kimchi, boleh click di SINI

KimChi fried rice

Resepi Nasi Goreng Kimchi

Bahan-bahan :
2 cawan nasi
4 sudu besar kimchi - buang sikit airnya
1 ekor ikan goreng - ambil isi dan tumbuk
1 ulas bawang besar - hiris nipis
2 ulas bawang putih - cincang
Sedikit taugeh
Minyak secukupnya

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang sehingga wangi.

Masukkan kimchi dan ikan tumbuk, masak seketika. Masukkan nasi dan taugeh. Sedikit garam dan kacau sehingga agak garing. Siap!

Makan dengan telur mata kerbau separuh masak memang sedap! Tapi terbeli telur lama kat kedai jadi tak cantik pula telur tu bentuknya hehehe...


You Might Also Like

10 comments

  1. Tak pernah buat style macam ni lagi,nampak sedap tu...

    ReplyDelete
  2. ni yang kimci Eny buat sendiri tu kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm kimchi nih boleh dipelbagaikan macam-macam masakan rupanya

      Delete
  3. Tengok macam sedap je...kimchi pun ada kat rumah. Mak beli kat supermarket hari tu. boleh cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dgr lg nasi goreng kimchi ... Huhuhu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pernah dengar.. tapi tak pernah cuba lagi

      Delete
  5. eh kimchi pun boleh buat nasi goreng jugak rupanya.. baruku tahu, hihi.. tak sia2 singgah blog akak, banyak makanan yang kita baru tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog eny nih memang sarat dengan info dan tips makanan yang amat berguna

      Delete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com