Kalau Sagu Gula Melaka tu mesti ramai yang pernah makan kan? Kalau yang tu sagu nya direbus sehingga hilang putih di tengah kemudian di bilas air untuk buang kanji. Kemudian barulah masuk dalam acuan dan dihidangkan bersama gula melaka dan santan.
Sagu Santan

Tapi saya lebih suka sagu santan yang jenis macam ni, dan cuma dihidangkan dengan santan sahaja. Sagu dikacau dan dimasak bersama gula sehingga pekat dan likat. Tak perlu dibilas air. Sagunya melekit dan agak chewy sikit tapi lembut je bila dimakan bersama kuah santan. Dalam sagu tu dah dimasukkan gula jadi rasa manis datang dari dalam sagu tu lah. Macam kuih sagu yang bersalut kelapa tu, cuma kena masak agak cair sikit sebab nak makan dengan santan. Kuah santan tu kalau tak nak muak sangat, boleh tambahkan susu sejat. Memang sedap!

Sagu Santan

Resepi Sagu Santan Lemak Manis

Bahan-bahan :
1 mangkuk sagu - rendam selama 1 jam, kemudian toskan.
2 cawan gula pasir - atau lebih jika nak lagi manis
3-4 cawan air. Kalau pekat boleh tambah air
Pewarna hijau atau merah
Daun pandan disimpul

Cara-cara :
Didihkan pewarna, gula, air dan daun pandan sehingga gula larut, masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan likat. Tambah air jika sagu sangat pekat dan susah nak kacau. Kena kacau supaya tak melekat di periuk.
Masak sehingga hilang putih di tengah sagu. Tekstur sagu yang dah masa semasa masih panas agak cair sedikit.
Masukkan kedalam acuan atau bekas kecil-kecil. Sejukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam


Kuah Santan
Bahan-bahan
1 kotak santan KARA
1 tin susu sejat
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air
Daun Pandan disimpul

Cara-cara : 
Campur semua sekali dalam periuk dan didihkan sekejap sahaja sambil dikacau. kalau pekat boleh tambah air lagi. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Cara hidang : sendukkan atau keluar kan sagu yang sejuk dari acuan ke dalam mangkuk atau gelas, dan curah kuah santan diatasnya.

Sagu Santan

Sagu Santan