Pandan Chocolate Marble Cupcake

5:01 pm

Suka buat cupcake ni dan makan panas-panas. Selalu buat di waktu malam untuk makan sambil layan drama korea :D. Dan resepinya pun tak pakai butter, cuma pakai minyak jagung. Kalau pakai minyak yang biasa pun boleh je :D.

DSC03351ed DSC03355ed  
Pandan Marble Chocolate Cupcake
Resepi ini telah diadaptasi dan diubahsuai bahan bahan dari resepi asal di blog Masam Manis

1 cawan minyak jagung
250 gram gula kastor
250 gram tepung gandum, diayak
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
8 biji telur
1 camca besar ovallate
1 camca besar serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh pes pandan emulco (pewarna dan perasa pandan) jika guna hanya perasa pandan, tambah pewarna hijau

Cara cara
  1. Panaskan oven pada suhu 170C
  2. Susun cawan kertas dalam loyang muffin ~ ketepikan
  3. Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur, kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
  4. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
  5. Tuang minyak jagung dan gaul rata dengan spatula.
  6. Ambil lebih kurang 2 senduk dan dicampurkan dengan serbuk koko. Selebihnya masukkan pandan emulco dan dikacau sebati.
  7. Masukkan adunan pandan dahulu. Penuhkan acuan cupcake. Kemudian tuang sesudu adunan coklat dan diputar menggunakan pisau untuk kesan marble. 
  8. Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak.


20140406_181326

page
page2
 

You Might Also Like

8 comments

  1. Heheh. Best part kalau pandai bake is dia bake bila masa dia nak and boleh enjoy terus makan. Tu yang best! Tak payah keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang untung orang yang pandai memasak

      Delete
  2. nak bake tuuu fuhh ambik masa, nak habiskan pulak sekelip mata. haha

    ReplyDelete
  3. Suka tengok rupa dia.. kita tak pernah makan dan cuba macam ni.. yang kita ingat dulu ada makan bahulu pandan coklat, tu pun dapat kat goodies bag kenduri kahwin.. sedap sangat, sampai sekarang teringat-ingat rasa bahulu tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupa yang cantik dan rasa yang pasti sedap

      Delete
  4. rajinnya baking malam-malam Eny :)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com