Masak Lemak Suun

11:10 am

Nampak simple tapi sedap kau! hehehe

Resepi ni selalunya kalau stok barang basah dah habis dan tak sempat ke pasar nak beli barang basah hehehe... 

Masak lemak Suun

Masak lemak Suun


Resepi Masak Lemak  Suun

Bahan-bahan :
2 paket suun - direndam sehingga lembut. Toskan airnya
2 biji telur - kalau nak letak lebih pun boleh
1 cawan santan pekat - saya pakai santan KARA 1 kotak
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil lada hitam / lada sulah
1 batang serai - diketuk
1-2 ulas bawang merah - dihiris
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya. Saya tambah hampir 2 cawan air.


Cara-cara :
Dalam kuali masuk bawang, serbuk kunyit, cili kisar, serbuk lada hitam, serai dan santan. Masukkan sedikit air jika guna santan pekat. Ikut lah nak kuah pekat ke atau cair ;). Buka api perlahan dan tunggu sehingga mendidih tetapi jangan sampai santan pecah.

 Apabila mendidih masukkan suun. Pecahkan telur dan kacau sedikit supaya telur tu pecah pecah sedikit. Bila telur keras, tutup api.

You Might Also Like

18 comments

  1. Simple tapi tetap mengiurkan. Boleh cuba resepi ni :)

    ReplyDelete
  2. Inilah resepi yang selalu mak kak ana sediakan bila tak ada lauk dahulu, paling tidak dicampurkannya telur ..:)

    ReplyDelete
  3. ooo tq la eny kongsi resepi yg simple

    ReplyDelete
  4. aduhhh mudah cepat dan bahan2 pun senang dapat..mesti try buat tgk..

    ReplyDelete
  5. Kita tak suka makan suun, selalu elak makan.. taktau kenapa huhu.. tapi kalau dah masak lemak mungkin boleh dipertimbangkan :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com