Kuih Lompang Warna Warni

Selalu makan yang ada letak gula merah atau pandan. Yang ni lain sikit. Saja nak buat sebab comel je :D

6490356653_cecb1e34fe_oed

Resepi Kuih Lompang - Resepi asal dari SINI

Bahan-bahan : 
2 1/2 cawan Tepung Beras
1/2 cawan Tepung Sagu
1 cawan Gula
1 sth Air Mawar
4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung / 2 cawan masak dgn gula)
Daun Pandan

Cara-cara :
Satukan Tepung Beras & Tepung Sagu.
Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
Masukkan sedikit Air Mawar. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..

Post a Comment

20 Comments

  1. Ceria tengok kuih lompang tu... My feveret tu ^-^

    ReplyDelete
  2. nampak sedap warna-warni tapi saya tak minat sangat kuih ni =P

    ReplyDelete
  3. Assalam Eny..terima kasih kerana sudi follow blog sis JM so i'm follow u back :-) #166

    Kuih lompang..suka sgt kuih ni tapi tak tahu caranya..nampak nya boleh refer sini

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa . lama tak makan :) singgah malam , done follow ;) http://ijahoney.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. rajinnya lah Eny buh kaler-kaler ni, kreatif sungguh :)

    ReplyDelete
  6. alololo...comelnyerrrr...sayang nk makan...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngap masuk mulut satu kali.. setel

      Delete
  7. Tak pernah dengar and tak pernah rasa kuih ni. Macam sedap.
    Boleh cuba nanti. TQ Kak Eny! :)

    ReplyDelete
  8. alahai kak eny..
    ceria betul kuih lompang kak eny ni.. :)
    sayang nak mkn.. hehe

    ReplyDelete
  9. wah..kuih lompang pelangi..warna warni kuih lompang...dah lama nak try wat kuih ni

    ReplyDelete
  10. sis nak request resepi satu kuih ni. tapi alahai sy tak ingat nama. die bulat2 leper kaler hijau, pastu salut dgn kelapa parut. cicah dalam air gula yg coklat hitam2 tu. :D

    ReplyDelete
  11. Comelnya kuih lompang akak! Dah lama kita tak makan.. mak rajin masak kuih ni.. err mak je yang rajin, kita tak :P

    ReplyDelete
  12. Hanis, Kuih Lopes kot... yg hijau tu dari pulut ke? :D

    ReplyDelete