Kerabu Taugeh

12:00 pm

Dah lama tak buat kerabu taugeh. Nak buatnya senang tapi nak jumpa taugeh yang gemuk-gemuk ni mmg susah nak dapat. Banyak yang taugeh kurus panjang tu agak liat kan.

Kerabu Taugeh

Selalu kerabu taugeh orang letak kerang dan perut lembu rebus, tapi resepi mak saya selalu dia masukkan ikan goreng yang ditumbuk. Selalunya ikan tamban atau kembung goreng. Rasanya memang sedap dimakan dengan nasi panas.

Kerabu taugeh 2 

Resepi Kerabu Taugeh 

Bahan-bahan
3 cawan Taugeh - dicelur seketika
2 ekor ikan tamban goreng / kembung goreng - ambil isi dan tumbuk halus.
1 sudu besar kerisik
2-3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 inci halia dimayang halus
2-3  sudu besar perahan limau nipis / kasturi / air asam jawa - ikut lah nak masam macam mana

Bahan dikisar :
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah
2 biji cili padi
3 sudu pati santan
sedikit air

Cara-cara :
Bahan dikisar dimasak diatas api sehingga kering airnya. Selain nak keringkan air, kerabu juga tak akan cepat basi jika bahannya dimasak terlebih dahulu

Campur taugeh, ikan goren tumbuk, kerisij, bawang merah, halia, perahan limau, dan bahan kisar yang telah dimasak sekejap tadi. Gaul sebati. Rasa garam dan gula serta tahap kemasaman yang disukai.



You Might Also Like

19 comments

  1. assalamualaikum eny...sedapnya tengok..rasa nak buat jer kerabu tauge ni...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mas zull jom try tgk..kerabu marveloss ni..

      Delete
    2. resepi sudah eny bagi.. sama-sama kita mencuba

      Delete
  2. sedap ni kerabu taugeh Eny, lama dah tak buat, boleh copy resepi ni ya

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. memang sedap betul makan dengan nasi panas

      Delete
  4. Tula Kak Eny biase mkn yg letak parut tu.. Ni baru tau ni.

    ReplyDelete
  5. sayur2 kurang makan la . hehee

    ReplyDelete
  6. Ini feveret kita! Lagi best kalau tambah sayur2 yg lain :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. *ulam, patut la sebut sayur macam lain je bunyi dia, kiki..

      Delete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com