Kari Ikan Simple dan Sedap!!

11:30 am

Resepi kari ikan paling simple dan mudah. Tak percaya cuba lah buat hehehe..

Tips nak kari ikan lebih sedap, campurkan rempah ikan dan daging. Tak percaya lagi? cubalah buat hehehe..


P1080437ed


Resepi Kari Ikan

Bahan-bahan :

3-4 ketul ikan bahagian isi
Bendi secukupnya
1/2 cawan air asam jawa
3 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu besar rempah kari daging
1 camca besar cili kisar (kalau nak pedas boleh tambah)
250ml santan
2 tangkai daun kari, dilurut
1 sudu besar campuran halba, biji sawi dan jintan manis
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumbuk/kisar : (lepas tumbuk bahagi kepada 2 bahagian untuk tumis dan campur dalam rempah)
5-6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara-cara : 
Bancuh rempah kari ikan dan rempah kari daging dengan sedikit air, masukkan separuh dari bahan tumbuk. 

Panaskan minyak, tumis baki separuh bahan tumbuk sehingga wangi bersama daun kari dan rempah campuran halba, biji sawi dan jintan.

Masukkan bancuhan rempah dan bawang tadi. Masukkan juga cili kisar. Tumis sehingga rempah naik minyak dan garing.

Masukkan air asam jawa dan santan dikuti dengan ikan. Masa sehingga mendidih dan ikan masak. Siap!

You Might Also Like

15 comments

  1. ini kari utra ni...terbaek ni...ooo ada tips...ok2..nanti SA cuba

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.... Kalau dpt.cecah roti mau sebungkus roti pun boleh licin!!
    Hehee

    ReplyDelete
  3. Hai Kak Eny.. Asyik bce entri resepi je dr Kak Eny. Ble la blh merasa scra realiti ni kn..

    Akak, sy ad buat GA. Jom la join GA Papaglamz..
    RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

    ReplyDelete
  4. Kalau tak habis boleh cicah roti esok nyer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...setuju.. saya pun suka cicah roti buat sarapan pagi

      Delete
    2. cicah roti? memang perghhhh .... sedapppppp

      Delete
  5. ooo... rempah kari ikan campur dengan rempah kari daging ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. campuran rasa buat kari bertambah sedap

      Delete
  6. Waaa teringin nak makan kari ikan.. tetiba mengidam walaupun tak mengandung, opss

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga tak mengandung.. tapi saya ngidam.. hehehe

      Delete
  7. SA baru lepas mkn kari ikan kerapu...tgn pun x hilang bau lg ni...

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com