Ni pengaruh drama Korea dan Running Man! Terliur tengok depa makan Kimchi. hehehe. Cuba buat jugak lah kan sebab ada tengok satu episode Running Man tu diorang buat pertandingan buat kimchi macam senang je.

Kim Chi

Memang senang pun!!!

Dan bahan-bahan pula senang didapati. Hanya satu kesalahan saya. Saya punya kimchi tak merah!! Sebab dalam resepi yang saya google semua cakap pakai Serbuk Cili Tesco, bila saya cari di Tesco, serbuk cilinya kasar-kasar. jadi bila gaul dengan kimchi tak jadi merah. Takkan nak masuk satu plastik kot hehehe.. Ni masuk 3 Sudu besar pun pedasss dah.

Next time buat saya akan cari serbuk cili yang halus sikit. 

Kimchi ni juga ada pelbagai jenis.  Ada yang kena buat bubur dari tepung pulut dulu untuk menjadikan pes kimchi tu pekat sedikit. yang saya ni saya cuba yang tanpa bubur pulut. Next time nak kena buat ikut resepi yang pakai bubur tu untuk dapatkan pes kimchi yang pekat. Kalau ikutkan kena letak ubi lobak putih, tapi memandangkan lobak putih tu saya tak berapa suka bau dan rasa dia, so tak letak lah hehe.. 

Kim Chi 

Mesti ramai nak tahu rasa dia macam mana? Rasa dia kemasaman sikit, pedas, masin dan kobis tu crunchy sikit. Buah pear tu beri rasa sedikit manis kepada kimchi. Saya cuba makan dengan sup sayur, sedap jugak! Bila cuba makan  macam itu je macam susah nak telan je hehehe.. Nanti nak try makan dengan Maggi Royale Korean Spicy dan juga nak buat nasi goreng kimchi hahahahaha!

Kim Chi

Resepi KimChi

Bahan-bahan :
1 biji kobis panjang - Dibelah 4 memanjang kemudian dipotong kecil
2 biji buah Pear Korea (yang macam dalam gambar, kat Tesco ada jual, tapi rasa dia mmg sama je macam pear kuning, tak de beza pun.) - Diparut halus
Sedikit daun bawang - potong
2-3 sudu serbuk cili
1/2 cawan garam atau lebih jika perlu. Guna garam halus yang beli timbang tu jangan pakai garam supermarket yang halus.

Dikisar menggunakan pengisar kering tanpa air :
1 ulas bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
1 inci halia 

Cara-cara : 
Kobis panjang yang dipotong dan dicuci masukkan dalam satu bekas. Tabur garam keatas kobis dan gaul rata. Tuang sedikit air sehingga kobis tenggelam sahaja. Biar selama 4 jam.

Selepas 4 jam, cuci kobis, buang air dan cuci kobis dari garam. Perah kobis untuk buang lebihan air.

Sediakan pes kimchi.  Dalam mangkuk gaul buah pear yang diparut halus bersama bahan kisar dan serbuk cili. Masukkan daun bawang.

Tuang pes kimchi ke atas kobis yang telah diperah tadi. Gaul pes kimci rata rata sehingga semua kobis bersalut dengan pes.

Masukkan dalam bekas kedap udara atau botol dan peram selama sehari. Lepas sehari boleh la masuk peti sejuk untuk hentikan proses pemeraman supaya kimchi tak terlalu masam. Dah sehari tu boleh la try kimchi ni. 


Kim Chi

Kim Chi