Dolfin Gemuk Yang Sombong

6:59 pm

Ada seekor dolfin gemuk kat rumah. Heheheh

P1211350ed

Ni nama Monique Zara kucing saya. Panggilan manja Mone.  Kucing betina. Kenapa kadang-kadang panggil dolfin sebab dia jenis kucing tak berbunyi. Dan kalau dia bunyi pun bukan bunyi meow yang keluar, tapi bunyi macam doflin hahahaha..
P1211346ed 

Disebabkan dia seekor betina, kenalah buat apa yang patut supaya dia tak beranak. Buat sementara ni dia dipaksa rela ambil suntikan cegah bunting (contraceptive vaccine). Kalau di klinik haiwan kerajaan, murah saja kosnya iatu sekitar RM15 seekor kucing. Dapat bertahan sehingga 3 bulan. Nak terus spay, tapi klinik di Jitra tak ada buat servis tu, jadi kena ke Alor Setar. Dan kena ambil vaksin dan ulang-ulang sampai kucing betul diyakini sihat baru boleh operate. Tak ada masa pula nak nak hantar ke sana. Balik kerja pukul berapa dah. Jumaat Sabtu tutup :(. Jadi langkah sementara suntik dulu.

Ni masuk kali kedua suntik. Tapi tu lah sejak suntik kali ke dua ni dia makin garang, sombong dan moody. Tak boleh silap sikit nak marah. Kalau dia baring baring atas katil, kita pun pegang lah tangan dia, kaki dia, ajak main. Marah you! Siap nak gigit sambil jerit keluar suara dolfin dia tu! Kalau terpegang lagi lah. Memang dah  sah sah kena gigit. Dengan maktok je dia tak garang. Dengan Mummy dan orang lain garang sungguh.

Tengok Mummy pun dah tak nak sekarang... :( . Panggil pun buat tak tau je sambil gedi gedik ekor.

P1211358ed 

Tapi moody pun tak malu pula nak lepak atas katil orang... ishhhh

Tengok... nak ambil gambar dia ni pun Mummy kena marah. Dengar bunyi click camera tu pun dia bengang habis... (T__T)
P1211352ed

Ni gambar lama. Dulu-dulu sebelum dia sombong, pantang nampak Mummy angkat kamera, dia akan pose macam ni..... kenapa ya? ada masalah hormone imbalance kot? Macam manusia jugak heeheehee

You Might Also Like

18 comments

  1. Bunyi dolfin cemana? He He He...

    ReplyDelete
  2. Ni mesti jarang tengok National Geography ni hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. samalah le saya.. tak tahu bunyi dolphine

      Delete
  3. oh tak bunyi miow? bisu keee. rasanya stress kot tuh sebab asik kena suntik. hahaha

    ReplyDelete
  4. Comel. Tak tahan bila tengok part hidung dia tu haha

    ReplyDelete
  5. kawan saye ada bela kucing jugak. asal ambik gambar, muka dia sama ada bangga or menyampah. haha menyampah kot orang duk ambik gambar dia. :D

    ReplyDelete
  6. Cute kucing ni..haha.. sama ngn member saya.. dia bela kucing..comot dan putih.dua2 tk boleh duk sekali mesti gaduh punya..

    ReplyDelete
  7. Comelnya,...leh lak keluar bunyi dolphin ye ;)

    ReplyDelete
  8. kucing kak ana dulu Tam Cik nama dia pun payah nak keluarkan suara, serak2 je hehe..comei tompok itam kat idung tu :)

    ReplyDelete
  9. olo...bunyik dolfin erk...kucing akak dulu pun x mengiau... dia cuma bunyi 'ngahhhh' jadi nama pun angah..hihihih..

    ReplyDelete
  10. Kita tergelak sorang2 baca entri ni kak.. dah la gelak time malam keliwon xD
    Sedap nama kucing akak.. last2 panggil dolfin jgk.. hihihi

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com