Telur Dadar Orang Putih Style!

11:35 am


Hi semua, dah breakfast ke?

Pagi ni buat Frittata je for breakfast.

Frittata ni actually macam telur dadar (omelette) juga tapi lebih tebal dan kena masuk dalam oven sekejap je supaya telur tu cepat beku dibahagian atas.

Buat Fritata ni cukup simple. Kalau taktau buat jugak lepas ni sila jual dapur gas dan tong gas kat dapur tu heheheh..

Resepi ni juga boleh dipelbagaikan. Nak isi sayur, ayam, daging atau sosej didalam telur tu. Terpulang pada selera masing-masing.

Fritata

Resepi Fritata

Bahan-bahan :
4 Biji Telur Saiz A
2 sudu cooking cream (saya pakai susu sejat biasa tu je)
Sedikit garam dan lada sulah
Sedikit isi ayam yang telah direbus dicarik carik memanjang - boleh digantikan dengan udang, sosej atau apa sahaja
Daun salad - saya pakai jenis Lettuce. Boleh juga pakai daun kobis yang diracik, daun bayam dan apa apa sayur yang rasa sesuai.
Sedikit butter
sedikit minyak


Cara-cara :

Menggunakan kuali nipis yang boleh muat dalam oven.

Panaskan oven pada suhu 160C

Pukul telur bersama cream (atau susu), garam dan lada sulah. Masukkan isi ayam yang rebus dan sayur.

Dalam kuali, panaskan satu sudu besar butter dengan sedikit minyak, Perlahan kan api, kemudian Tuang adunan telur dibahagian tengah kuali sehingga habis. Kacau kacau sedikit supaya bahan bahan dalam telur tadi rata. Masak sekejap atas api yang perlahan selama 5-7 minit

Angkat kuali dan terus transfer masuk ke dalam oven yang sudah dipanaskan tadi. Bakar sehinga bahagian atas telur mengeras sedikit lebih kurang 10 - 15 minit. Jangan terlebih masak pula k!!

Note : kalau malas masuk oven, buat nipis sikit dan tutup kuali sekejap masa masak tu.

You Might Also Like

29 comments

  1. Waaaaa.. Mengancam. Papaglamz lama x masak memasak sejak wife ad kt rmh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. papaglamz pon rajin masak hehe

      Delete
    2. lama tak memasak nanti skill hilang papaglamz

      Delete
  2. ana baru taw nama fritata nih ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha sama la kita pun baru tahu juga

      Delete
    2. sakan dok godek semua entry kak eny tudia la mcm2 term baru kita dpt tawu hehe

      Delete
    3. susah sangat.. panggil telur dadar ajelah.. hehehehe

      Delete
  3. Replies
    1. kena letak carrot sikit cikgu baru rasa menarik kan :)

      Delete
    2. memang kelihatan sangat sedap

      Delete
  4. http://madey09.blogspot.com/2014/12/soal-agama-pilihan-blogger-etuza.html?showComment=1418455944003#c3374998788213904308 follow blog Etuza ya

    ReplyDelete
  5. wah menarik hahha mat ala2 mat salihh gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang makanan mat salihh pun nih ... hehehehe

      Delete
  6. masak nih guna periuk ajaib( double sided pan ) lagi senang

    ReplyDelete
  7. sesekali cuba menu orang putih pun ok jugak

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. crunchy jangan sampai hangus.. hehehe

      Delete
  9. selalunya makan telur dadar dengan nasi.. tapi kalau versi orang putih makan gitu pun sedap ni..

    ReplyDelete
  10. Saya lebih memilih untuk menggunakan beberapa fitur dari blog anda yang dipasang pada di blog saya apakah Anda tidak keberatan. Tentu saja aku akan memberikan link di blog web Anda. Terima kasih telah berbagi.
    cara mengobati anyang-anyangan secara alami
    cara menghilangkan flek paru-paru
    cara menyembuhkan infeksi saluran pernapasan

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com