Hi semua, dah breakfast ke?

Pagi ni buat Frittata je for breakfast.

Frittata ni actually macam telur dadar (omelette) juga tapi lebih tebal dan kena masuk dalam oven sekejap je supaya telur tu cepat beku dibahagian atas.

Buat Fritata ni cukup simple. Kalau taktau buat jugak lepas ni sila jual dapur gas dan tong gas kat dapur tu heheheh..

Resepi ni juga boleh dipelbagaikan. Nak isi sayur, ayam, daging atau sosej didalam telur tu. Terpulang pada selera masing-masing.

Fritata

Resepi Fritata

Bahan-bahan :
4 Biji Telur Saiz A
2 sudu cooking cream (saya pakai susu sejat biasa tu je)
Sedikit garam dan lada sulah
Sedikit isi ayam yang telah direbus dicarik carik memanjang - boleh digantikan dengan udang, sosej atau apa sahaja
Daun salad - saya pakai jenis Lettuce. Boleh juga pakai daun kobis yang diracik, daun bayam dan apa apa sayur yang rasa sesuai.
Sedikit butter
sedikit minyak


Cara-cara :

Menggunakan kuali nipis yang boleh muat dalam oven.

Panaskan oven pada suhu 160C

Pukul telur bersama cream (atau susu), garam dan lada sulah. Masukkan isi ayam yang rebus dan sayur.

Dalam kuali, panaskan satu sudu besar butter dengan sedikit minyak, Perlahan kan api, kemudian Tuang adunan telur dibahagian tengah kuali sehingga habis. Kacau kacau sedikit supaya bahan bahan dalam telur tadi rata. Masak sekejap atas api yang perlahan selama 5-7 minit

Angkat kuali dan terus transfer masuk ke dalam oven yang sudah dipanaskan tadi. Bakar sehinga bahagian atas telur mengeras sedikit lebih kurang 10 - 15 minit. Jangan terlebih masak pula k!!

Note : kalau malas masuk oven, buat nipis sikit dan tutup kuali sekejap masa masak tu.