Nasi Tomato dan Stew Daging

2:30 pm

Selalu kita makan nasi tomato mesti bersama ayam masak merah, dalca dan juga acar mentah. Tapi kali ni buat kelainan sikit. Makan nasi tomato bersama stew daging. Dalam stew tu dah lengkap dengan daging dan sayur, jadi tak perlu buat lauk lain lagi. Simple dan mudah.

Stew ni ialah sejenis sup, tapi supnya pekat dan direneh lama dengan sayur seperti carrot, tomato, celery dan kentang. Selalunya pakai daging tapi kalau nak pakai ayam pun boleh juga.

Selalunya mat salleh tu makan stew ni dengan roti atau dimakan begitu sahaja. Dengan nasi tak tahu lah depa tau makan ke tak. :D

DSC09424


Resepi Nasi Tomato

Bahan-Bahan:
5 cawan beras - dicuci terlebih dahulu
1/2 cawan susu cair
3-4 biji tomato - dibelah belah
1/2 cawan tomato puree
1/4 cawan  minyak
5 cawan air
2 helai daun pandan disimpul
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
1 kiub ayam

Dikisar :
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia



Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang bersama daun pandan yang disimpul. Tumis sehingga garing dan wangi.

Masukkan air,  susu cair, tomato, garam dan kiub ayam. Masak sehingga mendidih.

Masukkan beras dan masa ni boleh la dipindahkan ke dalam rice cooker.

Masak nasi sehingga masak.



DSC09422

Resepi Stew Daging 

Diperap seketika :
1 kg Daging
1 sudu besar serbuk bawang putih
1 sudu kecil lada hitam kisar
Sedikit garam

Bahan-bahan lain :
3-4 sudu besar tepung jagung
6-7 sudu besar minyak zaitun (yang berwarna kuning)
1/2 cawan tomato puree
1 tin  kacang panggang - diambil bersama sosnya sekali
3-4 biji Ubi kentang - tak perlu dibuang kulit, cuci bersih-bersih dan dipotong dadu besar-besar
2 batang carrot - di potong besar besar
1 batang celery - dipotong
3 helai daun bay kering
1 sudu besar daun parsley kering - ada dijual dalam botol jenama Mc Cormicks
1 sudu besar daun basil kering - ada dijual dalam botol jenama Mc Cormicks
1 labu bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
4-5 cawan air - atau secukupnya untuk merebus nanti.
1 -2  sudu kecil gula
Garam secukup rasa
Saya tambah kiub daging 2 ketul


Cara -cara :
Daging dipotong dadu besar-besar, diperap bersama serbuk bawang putih, lada hitam yang dikisar dan sedikit garam. Biar seketika.

Dalam periuk, panaskan minyak.

Gaul daging yang diperap tadi bersama tepung jagung. Goreng daging tadi dalam minyak yang telah dipanaskan. Proses ini dipanggil browning. Masak seketika sehingga daging kelihatan "brown" keperangan dibahagian luar. Tak payah sampai masak daging tu. Proses browning ni cuma nak seal daging dari mengeluarkan air nya semasa memasak nanti. hasilnya daging akan berjus dibahagian dalam.

Apabila selesai browning, tutup api. angkat daging dari periuk. Minyak dan bahan sisa tepung yang tinggal dalam periuk biarkan. Ini lah yang akan menjadi perasa kepada stew nanti selain tepung akan memekatkan kuah.

Panaskan semula api dalam periuk yg sama tadi dan tumis bawang besar dan bawang putih cincang. Masukkan carrot dan batang celery. Tumis sehingga bawang dan carrot layu dan wangi. Masukkan daun bay dan daun herba kering. Kemudian masukkan kacang panggang dan tomato puree dan kentang.

Masukkan air secukup dan semua bahan bahan lain berserta daging tadi. Pada masa ini kalau nak guna pressure cooker boleh la pindahkan semua bahan-bahan ke dalam pressure cooker.

Rebus sehingga daging masak dan menjadi sangat lembut dan kuah menjadi pekat.

Senang je kan!


DSC09454

You Might Also Like

27 comments

  1. Waowww.. Nak sikit pleasss.. :-)

    ReplyDelete
  2. Wow, memang nampak menyelerakan. Thanks atas perkongsian resepi, bolehlah cuba nanti :-)

    Jom Lawat Blog Raikankasih

    ReplyDelete
  3. adehh jenuh meleleh ayaq lioq aih :P

    ReplyDelete
  4. dalam gambar kedua tu, nampak kentang bentuk love <3

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha nampak love? saya cuma nampak sedap aje.. hehehe

      Delete
  5. Usha2.. Entri ni lagi sekali.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saya juga berkunjung untuk kesekian kalinya.. hehehehe

      Delete
  6. anak saya suka sangat makin nasi tomato... tapi maknya tak pandai buat... beli saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang belikan tp rasa air tangan sendiri xdak la kan

      Delete
    2. resepi eny dah bagi.. cubalah Glory Jane

      Delete
  7. ni antara resepi yang perlu di salin <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom sama2 salin copy paste jer bolehkan eny

      Delete
    2. hahahaha lepas salin selamat mencuba

      Delete
  8. biase buat tak menjadi.. terbaik r kak eny...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha tangga kejayaan.. cuba lagi hingga berjaya.. hehehehe

      Delete
  9. Waduh, lama dah tak makan nasi tomato.. memang best makanan2 yang akak masak :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com