Muah Chee

4:30 pm

Apa lah si Eny ni masak lagi kan.... hehehe..

Muah Chee ni sejenis kuih (kuih ke?) kaum cina yang sangatlah saya gemari. Kalau di Kedah banyak jual tapi berani beli sebab diragui status Halal nyaa... Kalau di Penang dan Ipoh ada juga yang Halal tapi bukan selalu sangat ke sana. Kalau dah ke sana  tak teringat pula nak cari Muah Chee ni hehehe...

Ada yang panggil Muay Chee, atau Mochi.

Muah Chee ni sebenarnya tepung beras pulut bercampur sedikit minyak bawang goreng yang dikukus kemudian di potong kecil kecil dan kemudian digaul atau digolek atas kacang tanah hancur yang dicampur serbuk gula. Macamkuih abuk abuk kita tu cuma yang ni pakai kacang tanah dan tak ada inti di dalamnya.

Muah Chee ni buat pakai microwave senang sikit. Kalau ikut proses asal kena kukus tepung pulut tu. Macam malas je nak keluarkan periuk kukus gedabak tu. Pakai microwave ni masuk dalam mangkuk kemudian masuk microwave on high sekejap je dah siap!

Ok jom try sebab sedap tauuuu!!

Mo Chee

Resepi Muah Chee Microwave

1 cup tepung pulut
1 1/2 cup air
2 sudu besar minyak goreng bawang bersama sedikit bawang didalamnya - kalau tak suka boleh pakai sedikit minyak biasa.

Coating :
1 cup Kacang Tanah dipanggang dalam oven atau digoreng tanpa minyak, dihancurkan pakai blender kering,
50gm gula - kisar sekejap jgn halus sangat k.

Campur gula dan kacang dan kacau rata.

Penyedian Doh :

Sediakan minyak bawang ni

Bancuh tepung dan air sehingga sebati. Dan tuang minyak bawang kedalamnya

Masukkan dalam  mangkuk yang microwave safe. Masak on high selama 1-2 minit. Depend kepada microwave juga. kalau microwave biasa mungkin ambil masa 5 minit. Saya punya microwave berkuasa tinggi hehehe..

Doh yang telah dimasak



Cedok semua doh dari mangku tadi dan golekkan ke atas dulang yang berisi campuran kacang dan gula tadi.

Golek golek sampai gebu hehehe...

 Menggunakan gunting, potong kecil kecil (bite size) adunan tadi.Lepas gunting golek golek lagi supaya adunan doh yang digunting tadi coating gula dan kacang juga

There you go... tataraaaa.. 
Moo Chee 2



You Might Also Like

39 comments

  1. sisssss, please buat kuih yang inti sengkuang tu. i did try buat hari tu but tak menjadi wuuu. kuih cina jugak kalau tak silap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha tangga kejayaan.. sekali gagal.. takkan gagal selamanya

      Delete
  2. terima kasih perkongsiannya... sedap jugak kalau pandai buat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomm kita cuba Najib..rasa mcm mn kan putri sedap ja rasanya

      Delete
  3. huishh ana baru taw psl Mochi nih. nmpk mcm Gula Tarik pon ada jugak. tp gula tarik tu coating dgn bijik bijan.

    ReplyDelete
  4. buat sendiri lagi sahih kehalalan nya..

    ReplyDelete
  5. X pnah tau pn benda alah apakah ini?

    ReplyDelete
  6. kalau kita kukus adunan tepung tu ambil masa berapa lama ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. berapa lama eny nak juga tahu

      Delete
    2. ini versi microwave.. hehehe nantikan versi kukus dari eny

      Delete
  7. wahhh mest gabungan yang sedap kann..aduhhh rajin dia

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. try la suruh isteri buatkan azman

      Delete
    2. dah suruh.. dia kata tunggu dia senang

      Delete
  9. tak tahu jadi ke tak kalau buat sendiri nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah mesti boleh punya..tak try mn nak tahu..

      Delete
    2. betul tu.. cuba dulu baru tahu

      Delete
  10. tengok resepi macam senang aje membuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita cuba dulu xpandai kita cari guru

      Delete
    2. itu kalau campur milo sikit sure terangkat tu..copy resepi ya tp thn bila buat tak taw hihi

      Delete
    3. eny kak ana nak sikit aura rajin eny tu boleh dakk

      Delete
    4. hahaha.. ana nih pun pakar masakan juga

      Delete
    5. pandai mengolah pasti jadi sedap

      Delete
    6. rajin berkunjung kat blog eny.. sikit sebanyak auranya terasa.. hihihihi

      Delete
  11. Oh ni mesti ada persamaan dengan kuih Mochi yang Jepun punya tu kan kak.. cuma rasanya depa tak ada letak kacang tanah.. apapun nampak menarik, sekali pandang ingatkan ayam goreng tadi :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com