Mendaki semula dari bawah....

10:30 pm


Memulakan sesuatu pendakian dengan mendaki semula setelah jatuh adalah dua perkara berbeza!

Adalah susah mendaki tetapi lebih senang apabila semakin kita jauh tinggalkan bawah semakin kita merasakan betapa hampirnya kita kearah puncak.

Adalah lebih susah jika terjatuh kebawah, melihat dari bawah sisa sisa puncak roboh, rasa pendakian semula amatlah payah. Ya sangat payah.

DSC06812

Saya berharap ramai yang akan memberi pertolongan kepada mangsa banjir. Tolonglah awalaupun sekampit beras, sebotol air mineral water. Tolonglah mereka dengan apa sahaja yang kita ada. 

Saya ke Tesco hari tu, Tesco ada sediakan tempat pengumpulan barang kutipan derma untuk mangsa banjir. Jadi tak salah kan kalau kita beli milo, susu dan beras, beli lah extra sepeket untuk diletakkan di dalam raga yang disediakan Tesco.

Kalau nak lagi senang, kita boleh derma melalui SMS melalui SKMM - Maklumat Lanjut di SINI

Cuma kalau bantuan makanan dan pakaian serta keperluan asas seperti pampers dan tuala wanita tu lebih cepat dirasai mereka saya rasa.



Saya juga harap, selain bantuan keperluan da kewangan, kerajaan dan NGO boleh aturkan bantuan untuk pembersihan / pembaikan rumah dan barang perabut dan mungkin boleh juga sediakan khidmat pembaikan kereta mangsa-mangsa banjir secara percuma.

Bantu lah mereka membina kehidupan mereka semula. Bantulah mereka mendaki semula... walaupun perlahan..

You Might Also Like

15 comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah banyak juga yg membantu

      Delete
  2. Alhamdulillah SA dan team opis dh pun hantar bantuan selepas kami berjaya dpt donation sebanyak RM1300..kami byk hantar makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah yg penting niat murni kita kan..mungkin nnt rezeki kita akan bertambah2 suatu hari nnt

      Delete
  3. semoga mereka tabah dan dipermudahkan semua urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahuakhbar di harap mcm tu lah kan azman..semoga semuanya selamat

      Delete
  4. harap bantuan yg kita salurkan dapat meringankan sedikit beban mereka yg menghadapinya masalah ni kan eny

    ReplyDelete
  5. mungkin hari ini hari diorang esok lusa hari kita mn la nk tahu wallahualam..

    ReplyDelete
  6. betul tu. Moga Allah mudahkan kita menderma juga =)

    ReplyDelete
  7. Betul cakap akak. Lebih baik kita menyumbang sesuatu pada hari supaya apabila kita susah nanti akan ada orang yang menyumbang kepada kita pula.

    ReplyDelete
  8. kita bantu sebaik mungkin dan moga dipermudahkan urusan bantuan kepada mereka....

    ReplyDelete
  9. Setuju Eny...
    hari ni hari mereka.. hari kita tak tau bila.

    ReplyDelete
  10. Semut antara serangga paling mudah untuk dicontohi, kecil tapi rajin.. hari ini hari pahala buat mangsa2 disana dan hari ini juga hari untuk kita menambah pahala dalam membantu mereka.. sesungguhnya Dia Maha Pemurah atas segalanya :)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com