Cupcake Lemon

2:19 pm

Cupcake Lemon ni resepi Nigella Lawson, sangat simple dan mudah untuk beginner. Rasa dia pun tak muak sangat.

Kek ni ringan dan gebu je. Sesuai untuk dimakan bersama frosting cream cheese. macam kek span pun ada jugak. Sebab kek ni ada juga antaranya tak sesuai dimakan bersama frosting seperti Butter Cake atau Pound Cake sebab rasa cake saja dah sangat berlemak. Tips nak dapatkan kek ringan dan gebu ni senang je, pakai tepung naik sendiri atau self raising flour hehehe... Dengan syarat, tepung tu kita ayak 2 kali supaya lebih ringan dan gebu.

Cuma kan, lemon kan mahal sekarang, sebijik RM1.90 you kat pasaraya Kedah ni. So dari sakit hati sakit jiwa beli saja Sunquick Lemon tu hehehe..

Resepi asal dari sini Nigella Lemon CupCake


Lemon Cup Cake 3



DSC09966


Resepi Cupcake Lemon 

Bahan-bahan kek :
100 grams butter lembut (pada suhu bilik)
100 grams self-raising flour. Ayak 2 kali supaya kek lebih gebu
100 grams gula kaster
2 teaspoons Sunquick Lemon
2 Telur size B
1 teaspoon baking powder

Bahan-bahan Frosting :
125g cream cheese lembut (suhu bilik)
30g butter
1 teaspoon Sunquick Lemon
2 1/2 cawan gula icing
Cream cheese dipukul bersama butter sehingga sebati dan kembang. Masukkan lemon sunquick dan gula icing. Pukul sebati

Lemon Cup Cake 2

Cara -cara :

Panaskan oven pada suhu 160C

Pukul butter dan gula dengan mixer sehingga ringan dan gebu

Masukkan jus Lemon Sunquick

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi sehingga kembang

Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder. Kacau dengan spatula supaya rata tepung dan adunan butter

Masukkan dalam acuan cupcake yang telah diisi paper cup

Bakar sehingga masak selama 10-25 minit

Sejukkan kek dan hias jika suka dengan frosting cream cheese lemon

You Might Also Like

32 comments

  1. Ade lagi ke.....? Boleh pos kat kuantan satu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuuu jauhnya papaglamz minta di poss..

      Delete
    2. kalau boleh pos saya pun nak juga

      Delete
  2. nyummmsss!!! sedappp nampakk.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Nigella?? astagfirullah... kepala aku dah ingat lain... sorry sorry... saya puji kemahiran awak mengambil gambar... jadi sangat cantik dan sedap... kena rasa baru boleh kata sedap betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa dok ingat apa dia la tu abg najib nih kikiki

      Delete
    2. hahahaha.. tadi tak terbayang.. sekarang boleh terbayang pulak.. aduhhhhh

      Delete
  4. ish3 apa saja kak eny masak mmg nmpk menyelerakan.
    meleleh ayaq lioq tiap kali masuk blog ni haaaa hehehe

    *errr ana TERpggil 'kak eny' sbb tertgk komen papaglamz guna 'kak' =P

    ReplyDelete
  5. boleh buat door give utk kawin ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai pintu je abis macam mana nak buat gift.. hik hik hik

      Delete
  6. kalau buat kek.. tengok resepi macam mudah

    ReplyDelete
  7. buat sendiri belum tentu menjadi

    ReplyDelete
  8. buat sendiri puas.. boleh makan banyak-banyak

    ReplyDelete
  9. Ini yang kita cari! Kita baru tahu yang kita minat lemon, tapi kita tak pernah makan versi cupcake lagi.. kena bookmark ni :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com