Hai Semuaa... dah breakfast ke?

Kek paling simple pernah saya buat. Senang je nak buatnya. Boleh buat sebagai breakfast dan sarapan pagi atau jika ada tetamu datang tapi kita tak sempat nak prepare foods, cukup lah ada kek ini sahaja. Hanya masukkan ke dalam micorawave selama beberapa minit dan siap!!

Dalam masam 5 minit boleh dapat kek coklat buatan sendiri yang awesome!


DSC08538ed


Resepi Coklat Kek 5 Minit dalam Mug

Bahan-bahan:
¼ cawan tepung gandum atau tepung kek
2 sudu besar serbuk koko van houten
¼ sudu kecil baking powder
2 sudu besar gula
⅛ sudu kecil garam (secubit )
1/4 cawan + 1 sudu besar susu segar / UHT
2 sudu besar minyak sayur - minyak biasa  je yang selalu kita pakai
1 sudu besar nutella
sedikit esen vanilla


Cara-cara :
Campurkan semua bahan didalam mangkuk kecuali nutella. Saya bancuh terus didalam mug tu hehehe..

Tuang adunan ke dalam mug. Letak nutella ditengah-tengah atas dan kocak kocak sedikit untuk ratakan nutela

Microwave selama 2 minit  (ikut jenis micorwave jugak - saya punya microwave jenis micorawave oven, seminit pun dah naik tinggi dan masak) sehingga adunan kek masak dan naik sehingga penuh mug.



DSC08509ed

Nyumm nyummmmm
DSC08551ed