Resepi Kuey Teow Daging Simple

12:32 pm

Vietnamese noodles

Saya penggemar kuey teow sup simple macam ni. Saya rasa namanya asalnya  Pho Bo iaitu Vietnamese Beef Noodle Soup. Kalau tak silap lah kan sebab selalu tengok menu kat restoren hehehe... Saya tengok resepi dari Steamy Kitchen dan saya olah balik resepi ikut bahan apa yang ada sebab teringin sangat nak makan. 

Vietnamese noodles


Resepi Kuey Teow Daging ala Vietnam (Vietnamese Beef Noodle Soup atau Pho Bo)

Bahan-bahan
Sebungkus Kuey Teow - atau mee jika suka
800gm Daging Lembu tanpa lemak - jangan dipotong 
Bawang besar di belah 4
4 ulas Bawang putih diketuk
1 4-inch halia, di belah dan diketuk 
Air secukupnya
2 bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 biji buah Pelaga
Sedikit ikan bilis dikisar halus - dalam 2 sudu besar - boleh pakai kiub ikan bilis juga. Kalau tak suka boleh gantikan dengan kiub daging / ayam. Terpulang pada citarasa masing-masing.
Daun Sup dan Daun bawang
Taugeh
Boleh tambah lagi sayur lain mengikut kreativiti.
Garam secukup rasa

Cara-cara :

Kuey teow dicelur. Cara celur ialah, masukkan kuey teow didalam penapis atau bekas jarang. Masukkan air panas ke dalam periuk yang boleh memuatkan penapis. Celup penapisyang berisi kuey teow didalam air panas sekali celup sahaja. Terus laukan bawah air paip atau celupkan dalam air kosong untuk memastikan kuey teow tak terus kembang. 

Daging dibersihkan. Jangan dipotong. Rebus sekejap hingga mendidih sahaja kemudian buang air rebusan. Ini supaya kuah supnya menjadi jernih dan cantik.  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang diketuk sekejap sahaja. Masukkan air. Kemudian masukkan daging yang direbus sekejap tadi.  Terus rebus semula daging bersama-sama bahan bahan lain sehingga daging betul-betul empuk dan lembut. Perasakan dengan garam secukupnya.

Apabila hendak menghidang, barulah potong daging yang direbus bersama kuah sup tadi dan curah kan kuah panas ke atas kuey teow. Tabur daun bawang, daun sup dan taugeh.  Hidangkan bersama sambal kicap

Sambal Kicap (boleh disimpan dalam peti sejuk)
10 biji cili padi atau cili merah
6 ulasBawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
kicap secukupnya
Sedikit gula dan garam (jika perlu)

Bawang merah dipotong nipis digoreng terlebih dahulu. Kalau nak senang boleh pakai je bawang goreng segera hehehe.

Kisar cili padi, bawang goreng, bawang putih dan halia dengan kicap dan sedikit air.

Panaskan sedikit sahaja minyak, tumis bahan kisar tadi dan masak sekejap diatas api sehingga mendidih. Kalau sambal kicap terlebih cair, boleh masak lama sehingga sedikit pekat.



You Might Also Like

25 comments

  1. Pho Bo ni rupanya kosep dia kueh teow sup kosong je rupanya no.
    byk gak ana dpt tau psl resepi lepas godek2 segala entry kak eny ni hehe

    mekaseh no kak eny sharing byk psl msk2.. buleh ana bljaq nti hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog ini memang sesuai untuk orang nak belajar masak

      Delete
  2. simple but nice,,, bole bukk kdai dah ni/...

    ReplyDelete
  3. saya suka buat sambal pedas dan sambal kicap banyak2. letak dalam peti ais. nak makan sup, amek ja. hehee

    ReplyDelete
  4. oh... sayang la buang air rebusan daging tu. nanti supnya ada rasa daging lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a kan air tu sayng oo buang kan

      Delete
    2. kena buang kalau tak supnya tak jernih.. hehehe confiden aje macam pandai

      Delete
  5. saya penah tengok dlm rancangan apa tak ingat, dia tapis pakai kain. so kuah yang bertapis jernih la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GJ rajin juga tgk ya mastercheff kot

      Delete
    2. wahhhh.. satu lagi perkongsian info yang menarik

      Delete
  6. memasak menjadi mudah kalau ikut resepi eny nih

    ReplyDelete
  7. wahhh eny kaw pandainyer copy resepi ya

    ReplyDelete
  8. Kalau yang ni bolehlah nak layan time2 sakit tekak ni

    ReplyDelete
  9. Nampak macam sedap, bahan2 tu memang mengikut citarasa kita :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com