Pengakuan Suami Curang dan Isteri Sewel

5:24 pm

Baca pengakuan suami curang yang banyak di share kat Facebook sekarang ni memang rasa sakit hati je kan.... baca sini Pengakuan Suami Curang

Agak terkilan baca artikel yang berat sebelah. Suami curang hanya kerana isteri tidak menjaga penampilan diri. Isteri diberi wang tetapi tak disuruh pula guna wang tu untuk membeli alat solek dan pakaian. Entah cukup ke duit yang awak bagi tu. Ramai pulak tu yang salahkan isteri, tak hargai suami dah beri wang. Tak reti nak gunakan wang suami bagi untuk cantikkan diri didepan suami

Mana tahu isteri simpan sikit-sikit untuk masa depan anak-anak. Isteri beli emas itu pelaburan. Isteri beli perabut pun nak cantik kan rumah untuk keselesaan  keluarganya. Seorang isteri mestilah nak tengok keluarganya sempurna. Suami balik kerja, rumah tak bersepah, rumah nampak cantik. Suami dapat berehat dengan selesa, tengok TV HD atas sofa empuk layan bola sambil goyang kaki!!

 Cik abang (merujuk kepada si suami yang curang tu), Kenapa awak  duit boleh bagi, tetapi mulut berat nak suruh isteri bersolek, bersiap, pakai baju cantik-cantik. Alasan bodoh takut isteri terasa hati. Kalau susah sangat, belikan saja pakaian cantik ikut taste awak tu dan suruh isteri pakai. Bawak mak andam ke rumah  minta ajar isteri bersolek. Hantar isteri ke spa atau slimming centre untuk isteri jaga badan dan penampilan. Bukan bagi selonggok duit kepada isteri macam tu sahaja dengan harapan duit-duit tu akan membuatkan isteri akan menjadi sejelita Kim Kardashian. It takes a little effort la cik abang dari awak diam dan mengharapkan isteri buat perubahan. Mana tahu si isteri takut dan risau nak belanjakan wang tu sesuka hati, takut suaminya tak cukup duit, takut dikatakan kaki menghabiskan duit suami. Kami orang perempuan kalau suami bagi duit, mesti lah perkara utama fikir nak buat belanja dapur, belanja sekolah anak. Kalau dah letak list no 1, hand bag, no 2 barang make up, apa jenis isteri dan mak tu? (pun kena kutuk juga kalau habiskan duit shopping beli barang perempuan).

Cik abang dah tanya ke isteri tu sempat makan ke, sempat berehat ke, sempat mandi ke? Sempat ke nak ke saloon potong rambut yang dah macam hantu kak limah tu.. ada cik abang tanya dia? Awak bagi dia duit je tapi tak tanya apa masalah dia, adakah dia perlu pertolongan. Perlu ke nak tolong drive ke butik beli baju baru? Mana tahu dia sibuk drive hantar anak ulang alik ke sekolah dan ke tuisyen.  Yang awak tau awak nak dia layan awak dari hal makan, pakai sampai ke atas katil tip top. Awak ingat duit awak tu buat upah dia buat semua tu ke???

Isteri juga perlu diberi perhatian dan layanan dari suami. Bukan bagi duit selonggok dan taraaaa hidup awak sebagai suami perfect ibarat hidup di syurga. Bukan hanya suami je yang mengharap layanan first class dari isteri. ISteri juga perlu layanan first class dan jangan terkejut apa kah layanan first class yang isteri tu nak, mesti ada antara para isteri akan cakap.. "tolong sidai baju" tolong  tukar tong gas kat kedai" tolong basuh pinggan lepas makan".  Keduanya menainkan peranan dan saling memberi perhatian.  

Isteri cantik dilabel high maintenance, isteri tak cantik dilabel low class. Semuanya nak salahkan perempuan.  Geram betul! 


Gambar sekadar hiasan : Contoh Suami yang bagi layanan first class kat isteri bila isteri minta patung Panda comel dari mesin ni.. hee hee cute kan. Berapa ringgit dia habiskan duit semata-mata geram tak dapat patung panda tu sebab isteri sewel dia nak sangat panda tu mimihmihmih sabar je lah you dapat isteri sewel macam I....


Nukilan dari,
Isteri Sewel Yang Baik Hati dan Sayang Suami Beliau Sepenuh Hati
;D

You Might Also Like

15 comments

  1. ngat kan sapa yg dikatakan isteri sewel tu..haha..lawak lah sis ni.. by da way klu sudi mai la baca pendapat gadis bujang macam ai ni nak komen..huhu..ai pun rasa geram dgn pengakuan laki tu..

    AKU DAN KAMU: SUAMI CURANG HANYA KERANA ISTERI HILANG KESERIANNYA..

    ReplyDelete
  2. suami curang biasanya suami yg sewel..haha

    ReplyDelete
  3. hahah lawak la...janji kita kerja ada income mesti suami xberani nk curang

    ReplyDelete
  4. kalau memasing tak terime kurang memasing.. gitu lah.. hidup bersama kan elok saling terime.. dah nak wife santek, bawak lah ke mana yang patut bukan bagi sedebokk..! ingat wife kat umah dok senang lenang...??? tah2 nak pi toilet nak sembayang pon tak senang..

    ReplyDelete
  5. hahahaha ok sori ana tergelak sat part "isteri sewel" tu =P
    betoi kak eny ckp tu. apa ingt semuanya nk slhkan perempuan ke?
    eeee tlg la cermin jugak diri sndiri sbg suami tu kan kak kan..

    ReplyDelete
  6. dah nak isteri macam janda, bagi tau la. ni kecurangan dah terbongkar, baru nak bagitau. apa citaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. Betul tu Eny...
    Suami curang tu saja je bg alasan nak menutup kecurangan dia.

    ReplyDelete
  8. poligami itu tak salah.. hukum Allah itu maha adil

    ReplyDelete
  9. yang salah adalah alasan nak berpoligami yang tak masuk akal

    ReplyDelete
  10. saya menyokong poligami yang adil.. tapi menentang poligami yang menindas

    ReplyDelete
  11. suami sewel=suami curang..hihihi..dia ingat keinginan dia aje..

    ReplyDelete
  12. Bukan senang nak dapat pasangan perfect 10.. yang penting hati kita dulu.. sweet gambar last tu, kikiki..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com