Macaroni Soup

1:15 pm

Hai, dah lunch ke semua?

Sedapnya dapat menghirup sup panas hujan-hujan ni kan? Dah asyik hujan je mestilah malas nak ke pasar beli barang-barang dapur. So masak je lah pakai apa yang ada dalam peti sejuk. Lunch simple ni siap dalam kurang sejam je... Boleh la try.

Macaroni Sup WM

Resepi Macaroni Sup

Bahan-bahan :
300gm Macaroni direbus lembut
Isi ayam – dihiris nipis
Udang
Fish cake atau fish ball
3-4 ulas Bawang merah dihiris nipis
3 Bawang putih diketuk
Sedikit Halia dihiris nipis
Sup bunjut
1 batang celery
1 sudu besar lada sulah
2 kiub ayam
Sedikit minyak untuk menumis


Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan isi ayam dan goreng sebentar. Masukkan air secukupnya untuk kuah dan masukkan juga bunjut sup, celery dan kiub ayam. Rebus sehingga isi ayam lembut. Akhir sekali masukkan lada sulah, udang dan fish ball. Masak sehingga udang dan fish ball masak. Hidangkan bersama macaroni, tabur daun sup bersama sambal cili

Sambal Cili
Beberapa biji cili merah dan cili padi dikisar bersama bawang besar, bawang putih dan sedikit air. Didihkan diatas api dan masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga sambal kering airnya.


You Might Also Like

23 comments

  1. senangnya resepi ni. orang bujang macam saya sesuai la masak resepi ni. nanti nak cubalah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. Bujang lagi... Selamat mencuba..

      Delete
    2. oo masih bujang lg yer MNH hihii elok la tue cuba pasti boleh

      Delete
  2. hujan2 pekena sup.. memang terbaikk lahh.. segarr rase..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pulak sup2 panas2 ni apa nak di kata kan zafair

      Delete
  3. jyeahh hirup sup macaroni time2 hujan. heavennya kak eny!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heavennya kan si eny ni anamizu kann :)

      Delete
  4. mai pulak singgah pukui 2-3 pagi camni haha sndiri mengundang padah :D

    ReplyDelete
  5. khusus untuk yg nak diet. sebab mengenyangkan ^_^

    ReplyDelete
  6. resepi ni, budak2 pun suka... apatah lagi org2 tua mcm kita ni :)

    ReplyDelete
  7. musim hujan nih.. memang sedap masak sup

    ReplyDelete
  8. anak saya panggil macaroni nih mee bulat

    ReplyDelete
  9. woi nnt nak cuba buat sup macaroni lah anak suka sup2 ni

    ReplyDelete
  10. Saya suka resepi macam ni. Simple dan senang nak buat tapi hasilnya marvelous!

    ReplyDelete
  11. First time tengok sup makaroni :D

    ReplyDelete
  12. Wah,nampak sedap je ye! boleh try nanti..tq share resepi :)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com