Ini gambar lama sebenarnya. Resort ini terletak di Marina Island Lumut. Marina Island ni adalah pulau buatan manusia, ianya lebih kepada bandar kediaman berkonsepkan maritim. Kepada yang gemar aktiviti memancing, berlayar dan ada bot persendirian boleh lah kot beli rumah di Marina Island ni. Masa saya dan Husband sampai, kami agak terkejut sebenarnya ada rumah kediaman yang dibina pemaju disini. Selain itu, disini juga terdapat pelabuhan untuk feri ke Pulau Pangkor dan juga pelabuhan untuk bot dan kapal persendirian rasanya. Selain tu ada beberapa hotel yang tengah dibina berhampiran Pelabuhan.

Kami menginap di Coral Fishing Resort. Lokasi di hujung sekali Marina Island dan kena melalui jalan tak ber tar. Jalan agak bumpy jugak lah. Mula-mula datang ingtakan salah jalan, tetapi GPS memang suruh ikut jalan tu, jadi kami ikut lah sampai penghujung jumpa gate Resort. Tujuan utama datnag selain bercuti dan honeymoon , nak cuba memancing disini. Coral Fishing Resort menyediakan resort ala chalet yang mengadap ke laut. Ada deck atau pelantar untuk pemancing dibina.

Kos menginap disini sangat lah murah semasa kami booked di Agoda, cuma RM 148 per night including breakfast. Boleh check current rate sekarang di Agoda.

Review: Bilik kami tempah adalah family suite, ada 2 bilik didalam beserta kitchenette ringkas dan satu bilik air. Boleh menempat 4 orang tetapi bilik air kena kongsi which is tak berapa nak private sikit. Yang paling penting bila kita check in hotel ni ialah bilik air, Tahap kebersihan bilik air  di resort ni bersih tetapi below my expectation. :D. Breakfast pula tak ada buffet spread, cuma kena order pilihan adalah mee goreng, kueyteow goreng dan bihun goreng, mula-mula nak gelak juga bila diorang tanya nak order apa, then pilihan restrict tu benda tu sahaja. Ada sosej dan soft boiled eggs and some pudding. Ok lah kan, dengan harga yang murah.

Ok here some photos di Resort.
  DSC_1310

Fishing deck yang dibina agak kukuh, tetapi kalau handrail tu ada di kedua belah kan lebih selamat especially for kids. Jambatan tu pulak sila jangan pakai heels kalau nak berjalan diatas tu (I am talking from experience of course :p)
DSC_1325

Sebelah sana adalah Telok Batik
DSC_1311

Breakfast.
DSC_1329

Simple dan tak banyak pilihan, tetapi sedap!!
DSC_1330

Ni bukan untuk dimakan, tetapi untuk umpan memancing. Boleh beli di sekitar bandar lumut.
DSC_1316

Dinner di Restoren Teluk Muruh. Murah sangat kedai ni. Untuk semua ni cuma RM49 untuk 2 orang. Ikan tu pancing kat restoren tu jugak. Bukan yang kami pancing. Hehehehe..
DSC_1319

So ikan apa yang kitaorang dapat ye....... hehehe... maybe wrong timing masa tu.

DSC_1340