Agar-Agar Coklat

1:44 pm

Hai semua,
Kalau minggu lepas cuaca asyik hujan je, minggu ni cuaca cerah dan panas sepanjang hari. Rasa nak makan something yang sejuk sejuk je kan panas panas ni.

Siapa tak suka makan agar-agar kan. Suka makan yang sejuk terus dari peti ais hewhewhew.... Selalu kalau kat gerai makcik jual kuih agar agar yang dijual dalam bekas plastic sampai mencecah RM2 untuk sebekas kecil. Padahal nak membuatnya bukan lah susah mana. Sepeket agar-agar serbuk pun dah boleh buat untuk 5-6 orang makan. Hehehe..

agar agar coklat1

Resepi ni ambil dari blog Nina MirzaResepi asal Agar-Agar Sirap Bandung (Klik sini). Nina ni selalu share resepi yang menarik juga kat blog. Dan Nina juga tauke kek, kalau nak order kek boleh lah order dari Nina. Nampak sedap kek yang Nina upload kat blog beliau.

Tertarik nak cuba resepi ni sebab nampak bahan-bahan macam mudah saja membuatnya hehehe. Selalu buat pakai agar-agar yang jenis bertali tu. Sebab dah tahu sukatan air banyak mana (info dari mak sendiri hehe). Tapi Nina pakai agar-agar serbuk. Nampak lebih mudah dan memang memudahkan kerja pun sebab senang je agar agar tu melarut. Sebelum ni agar-agar bertali tu kena didihkan lama jugak untuk larut sepenuhnya. Kena tunggu depan stove tu sebab takut agar-agar meruap (mendidih sampai melimpah). Kenapa lah sebelum ni tak berani nak cuba agar-agar serbuk ni hehehe…


agar agar coklat 2

Tak jadi bandungnya disebabkan takde sirap ros merah kat rumah, jadi saya tukarkan lah dengan koko powder lebihan buat kek. Jadilah Agar-agar coklat.  Sedap juga hehehe.. Sorry Nina derhaka kan resepi Nina… hehehe. Apa pun terima kasih sebab resepi ni mudah je nak buat.

Lembut je agar-agar ni dan sedappp sebab ada rasa susu tu yang buatkan agar-agar ni cepat habis. hehehe..

Oklah jom tengok resepi simple dan mudah ni.

Resepi Agar-agar Coklat – Adaptasi dari Resepi Agar Agar Sirap Bandung dari Blog Nina Mirza

Bahan-bahan :
6 sudu kfc agar-agar serbuk
1 tin susu cair + air panas = 1litter
2 Sudu besar serbuk koko
3 sudu besar Milo
1/2 cawan gula pasir

Cara-cara :
Bancuh serbuk kok dan milo dengan air panas dan susu. Jangan Sampai berketul serbuk koko dan milo tu ye. Tapi kalau berketul-ketul. Cukupkan campuran air + susu tu sehingga mencapai satu liter 1 liter.
Campurkan semua sekali dalam periuk bersama gula dan serbuk agar-agar dan didihkan diatas api perlahan.
Setelah mendidih, tutup api dan tuang dalam acuan dan sejukkan sehingga beku.


You Might Also Like

32 comments

  1. sedapnyeee puding tuu..sy penggemar puding...nak copy resepi leh x?? hihihihi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak Any sudi try resepi Nina ;)
    Agar-agar coklat tuu mengiyurkan... Drooling you~~
    Ada lagi tak? Hehee.....

    ReplyDelete
  3. Berkilat puding Eny...mesti sedap tu...lame dah Asiah tak memuding, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. berkilat tu yang buat berselera tengok

      Delete
  4. sedapnyaa. tak pernah jadi buat puding ke agar agar. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena banyakkan mencuba.. jangan putus asa

      Delete
  5. tang desert ni.. makan anytime pon sedappp... hihiii/.. im desert lovers..!

    ReplyDelete
  6. Kalau x letak serbuk koko blh x??

    ReplyDelete
  7. copy yer xdak koko letak milo ok kot noh

    ReplyDelete
  8. ana hantu coklat gak. apa saja with chocolate perghh

    ReplyDelete
  9. kalau saya buat ni, saya ja la yg makan. suami dgn anak2 tak makan yg lembik-lembik. heheheee

    ReplyDelete
  10. agar-agar yang sedap ialah yang cair dimulut

    ReplyDelete
  11. amboi...cam sedap ajer...tp memang sedap ni..

    ReplyDelete
  12. Minggu lepas kita makan jeli koko tak ingat dunia xD
    Ni nampak agar-agar coklat tiba-tiba rasa macam nak makan yang macam ni pulak, hehe..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com