Raya Haji 2014

/
49 Comments
10:21 am
Raya Haji 2014 di Kg. Piandang Lama, Siputeh Perak. Lambat sikit update story ni sebab busy!


Tahun ni raya haji turn sebelah suami, my DH kat Perak. Mak mentua masakkan ketupat palas pulut. Kalau di sebelah Kedah, mak I selalu buatkan ketupat palas, pulutnya dimasak dengan santan separuh masak, kemudian dipadat dan ditekan tekan , dibungkus dengan daun palas 3 segi bentuknya dan direbus atau dikukus sehingga pulut masak. Pulutnya agak pejal dan kenyal.




Berlainan dengan ketupat pulut daun palas emak mentua. Mula-mula sediakan sarung ketupat anyam dari daun kelapa. Kemudian masukkan beras pulut kedalam sarung tadi. Kemudian direbus di dalam santan sehinggalah santan kering dan pulut masak. Rasanya macam pulut bersantan, Cuma ada aroma daun kelapa, dan pulutnya tak berapa padat seperti ketupat palas. Feww panjang lebar explanantion :D



Di Kg. piandang ni juga setiap kali raya dihidangkan dengan kuih Gelamai. Kuih ni dimasak seperti lemang didalam buluh, tetapi buluh yang digunakan lebih kecil dari buluh lemang. Ianya diperbuat dari tepung, gula merah dan mungkin ada santan, main hentam je ni sebab lupa tanya mak mentua resepi dia.  Rasa macam apam gula merah sedikit. Cara masak, semasa mula2 bakar hendaklah menggunakan api kuat sehinggalah adunan tepung  dalam kembang naik ke atas.

I request nak masak nasi daging hari tu... mihmih mcm terrer!




Macam biasa raya haji mesti ada korban, dan menu sup tulang mesti ada.



Droooling balikkk!! 


You may also like

49 comments:

Nur Zayyani Liman said...

aduhai terliurnye tengok sup tulang tu..bestkan time raya ni..makanan memang mcm2 kite nak masak and makan..hehe

www.naturalhealthyandbeauty.blogspot.com

anamizu said...

mak ana pon biasa buat ketupat palas je. ketupat 4 segi tu x pandai anyam hehe.
haduii nasik daging+sup tulang pulak. lapaqqqqnya aihhhh =P

zafairMAS_shakleeSITE said...

terbaikk laa.. rupe raya pose tu..

Hanis Amanina said...

raya haji kat Czech ni, kalau kat masjid, banyak makanan arab, biskut, pizza etc.

saja nak share, orang arab ni apa yg sy perhatikan, diorg tak gemar sgt nasi putih kosong. kalau boleh mesti ada something dalam nya, mcm nasi minyak ke, nasi goreng ke, nasi yg penuh kismis.

hanisamanina.com

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Sedap supppp, dapat plak gear box nyer ...

nor nazliana said...

perhhh sup terbaik..

sha dhira said...

Kuih Gelamai, kali pertama dengaq.. nanti leh cuba buat nih..
ketupat palas memang menu wajib time raya + kuah kari daging..

Umi Nazrah said...

ketupat palas kedah jugak terbaik! hahahhahahhaa

anamizu said...

jyeahhh~ ketupat palas 3 segi sempoi kalimantoi! hahaha

anamizu said...

sy pon 1st time dengaq kuih Gelamai hehe

azman Arsad said...

selamat hari raya.. walaupun raya dah habis

azman Arsad said...

menu tradisi memang terbaik

azman Arsad said...

indahnya masakan tradisi.. ketupat pun ada macam variasi

azman Arsad said...

banyak variasi maka banyaklah pilihan

azman Arsad said...

samalah.. dah menitis air liur nih

azman Arsad said...

sama-sama kita belajar agar warisan tak pupus

azman Arsad said...

memang terbaik

azman Arsad said...

wah hebat betul raya diperantauan

azman Arsad said...

memang sedap nih

azman Arsad said...

sangat terbaik

azman Arsad said...

saya pun baru dengar nih

azman Arsad said...

tak pernah rasa.. nak cuba juga

nor nazliana said...

sup gear box tu aduhh tak tahann tgk

nor nazliana said...

tu la ana ..org kedah rasa pelik kalau mkn ketupat daun nyiourr

nor nazliana said...

kan terbaik sgt zafair

nor nazliana said...

pengalaman beraya di tempat org tak samakn beraya di tempat sendiri kann

nor nazliana said...

best ni mkn panas2

nor nazliana said...

kan azman kan memng terbaik

azman Arsad said...

raya.. semua makanan nak dicuba..

nor nazliana said...

kalau kat belah umah mertua suka buat kuih ni..bakar sekali dgn lemang kan eny..betui dakk

nor nazliana said...

hahha ana akak nak ketawa la bolehh dak sempoi kalimantoi kikii kena turun kedah la azman

nor nazliana said...

lambat lg la raya thn depan pulakk hihii

azman Arsad said...

kat malaysia nih ada banyak variasi ketupat

nor nazliana said...

setuju tu tradisi setiap negeri terbaik

nor nazliana said...

betul tu indahkan azman mcm ada2

nor nazliana said...

yup setuju

nor nazliana said...

kalau kedah ketupat pulut hitam pun sedap lg satu ketupat letak kacang sedapnya..

azman Arsad said...

raya yang meriah

azman Arsad said...

makanan kita sekarang nih pun banyak pengaruh arab

azman Arsad said...

sangat menyelerakan

azman Arsad said...

setuju.. memang terbaik sangat

azman Arsad said...

kongsi-kongsikan resepinya

azman Arsad said...

kongsi-kongsikan le cara membuatnya

azman Arsad said...

takpe.. wish dulu in advance

azman Arsad said...

tradisi berbeza.. punyai nilai yang sama... tak ternilai.. hehehehe

azman Arsad said...

macam-macam pilihan yang ada

azman Arsad said...

banyak pilihan maka tak jemu.. hihihihi

azman Arsad said...

kena buat kompilasi nih.. jenis-jenis ketupat malaysia

Queen Contest said...

Baru tahu ada kewujudan kuih Gelamai.. at first baca GEMALAI tadi, hehe.. semua nampak menyelerakan! :D