Share sebab saya terlibat dalam real estate dan property industry ni.
Untuk yang berkerja di sektor kerajaan yang nak beli rumah.... Sumber dari website BPP


Cream Brulee Cheese Cake yang sedap tapi sangat laaaa manis!!

PC310112

Hari ni birthday staff di office. Selalu kalau ada yang sambut birthday masing-masing akan plan untuk buat surprise dan claim je dari company.

Happy Birthday!!
PC310103

Ni Chicken Cornish beli di secret recepi semalam. Pastu makan kat gerai Char Kuey Teow. Beli birthday cake nya dari semalam sebab nak buat surprise pagi ni huhuhu… Chicken Cornish ni memang favourite saya. Ada yang sudi share resepi ni tak? Huhuhu…
PC300083

Hi semua, yang sudah join Giveaway Blog Eny Abdullah. Ni cara nak share post dari page Eny Abdullah . Kena post dari Page ke timeline anda atau timeline rakan anda, tak kisah la ke mana pun hehehe.. Tapi jangan share post yang dari facebook personal saya, sebab setting facebook saya ada privacy setting. Kalau share mmg tak ada orang nampak pun kecuali yang dalam friendlist saya hehehe.. Yang dah share pula set kan privacy ke Public supaya saya boleh trace nanti.



Post banyak-banyak untuk menang RM50. Giveaway berlangsung sampai 30 January ni...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang dah join dan tinggalkan komen yang banyak di blog. Terharu :').


Update Senarai Peserta : 
  1. http://www.papaglamz.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html?m=1
  2. http://adna2029.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  3. http://adna2029.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  4. http://zafairmas.blogspot.com/2014/12/give-away-blog-by-eny-abdullah.html
  5. http://maszull.blogspot.com/2014/12/giveaway-blog-eny-abdullah-komen-banyak.html
  6. http://ana-mizu.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  7. http://www.eitaariflegacy.blogspot.com/2014/12/blog-eny-abdullah.html
  8. http://theonlygirl98.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  9. http://sayapejuangbahasa.blogspot.com/2014/12/blog-eny-abdullah.html
  10. http://www.hanisamanina.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  11. http://maiatiqah.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  12. http://kameqdeanna.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  13. http://anajingga.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  14. http://www.suesopian.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  15. http://pleaselovemeunconditionally.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  16. http://chenta-shima.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  17. http://suriaamanda.blogspot.com/2014/12/give-away-blog-eny-abdullah-komen.html
  18. http://jombercontest.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  19. http://sallyadan.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  20. http://putrihomestayarau.blogspot.com/2014/12/give-away-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  21. http://loveyoucontest.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak_17.html
  22. http://aliatulaiman.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  23. http://duniazumal.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  24. http://izzeyda.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  25. http://lifesofkajiwara.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  26. http://jueliana-koreanworld.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  27. http://narumihuda.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  28. http://www.cantiksihatsemulajadi.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  29. http://kinderbueno-wolf.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html 
  30. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  31. http://famf-tower.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  32. http://bysyiraishak.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah.html
  33. http://yoorinmelacolea.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  34. http://syidamenulis.blogspot.com/2014/12/blog-eny-abdullah.html
  35. http://www.syuhadasalleh.my/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html
  36. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

Hujung tahun ni memang agak busy. Tak payah cakap nak masak, nak makan pun tak sempat. huhuhu...

Ni breakfast pagi tadi, beli nasi Lemak Ayam Panggang. RM6 sebungkus. Ayam tu memang besarrrr !

Resepi Ayam Panggang / Percik boleh CLICK SINI

Nasi Lemak Ayam

Memulakan sesuatu pendakian dengan mendaki semula setelah jatuh adalah dua perkara berbeza!

Adalah susah mendaki tetapi lebih senang apabila semakin kita jauh tinggalkan bawah semakin kita merasakan betapa hampirnya kita kearah puncak.

Adalah lebih susah jika terjatuh kebawah, melihat dari bawah sisa sisa puncak roboh, rasa pendakian semula amatlah payah. Ya sangat payah.

DSC06812

Saya berharap ramai yang akan memberi pertolongan kepada mangsa banjir. Tolonglah awalaupun sekampit beras, sebotol air mineral water. Tolonglah mereka dengan apa sahaja yang kita ada. 

Saya ke Tesco hari tu, Tesco ada sediakan tempat pengumpulan barang kutipan derma untuk mangsa banjir. Jadi tak salah kan kalau kita beli milo, susu dan beras, beli lah extra sepeket untuk diletakkan di dalam raga yang disediakan Tesco.

Kalau nak lagi senang, kita boleh derma melalui SMS melalui SKMM - Maklumat Lanjut di SINI

Cuma kalau bantuan makanan dan pakaian serta keperluan asas seperti pampers dan tuala wanita tu lebih cepat dirasai mereka saya rasa.



Saya juga harap, selain bantuan keperluan da kewangan, kerajaan dan NGO boleh aturkan bantuan untuk pembersihan / pembaikan rumah dan barang perabut dan mungkin boleh juga sediakan khidmat pembaikan kereta mangsa-mangsa banjir secara percuma.

Bantu lah mereka membina kehidupan mereka semula. Bantulah mereka mendaki semula... walaupun perlahan..
Pulut Udang ke Pulut Panggang? Di Kedah dipanggil Pulut Udang. Walaupun selalunya kadang-kadang tak ada udang pun di dalamnya hehehe...

Manakala pulut panggang di Kedah merujuk kepada pulut yang dicampur santan kemudian dibungkus 3 segi dan dipanggang. Tak ada inti kelapa di dalam. Kalau nak makan samada cicah kari atau sekadar cicah gula atau susu pekat manis.

Pulut udang yang sedap, pulutnya mesti padat dan sedikit "chewy" selepas dibakar. Macam yang ni agak sedap juga la.

Kalau di Perlis, pulut udang ni dimakan dengan laksa.

Harga sebiji 5 kupang (50 sen)

Pulut panggang
Dianjurkan oleh Otai Blogger Encik Hasrul Hassan.



Nama Blogger : Eny Abdullah
Email : enyabdullah@gmail.com
Url Blog : enyyusnizar@blogspot.com

Saya melibatkan diri dalam dunia blog sejak 2009 lagi tetapi hanya aktif sebagai "silent reader". 
Disebabkan minat yang mendalam didalam bidang Fotografi dan Masakan, saya cuba buat satu blog berkonsepkan 2 gabungan tersebut. 

Ramai yang buka blog masakan ni, dan tak kurang juga yang buka blog mengenai fotografi. Tapi cara penyampaian itu adalah berbeza mengikut kreativiti masing-masing.

Apa yang saya harapkan dari blog ni?
- Dapat memperbaiki kemahiran menulis dan pengunaan bahasa yang baik serta betul didalam Bahasa
- Dapat memberi ilham fotografi kepada pemabaca
- Dapat memberi panduan masakan dan resepi ringkas dan senang dicuba

Tetapi misi utama saya ialah untuk bekerja sepenuh masa dari rumah dengan berblogging. Satu hari nanti. InsyAllah... :D

Hari tu kan kecewa sangat tak dapat cari Laksa Kuala yang sedap tu, jadi buat sendiri lah puas hati. Dapat borong ikan kembung fresh, rebus dan kemudian tumbuk je ikan tu dan dibuat kuah laksa.

Bila nak makan letak ulam banyak banyak baru sedap. Tapi saya tak berapa suka daun selom so ganti daun salad hijau je lah. :D. Kalau di Perak mak mentua selalu pakai ulam daun salad, timun dan bawang je. Di Kedah selalu bermacam jenis ulam seperti daun selom, daun pucuk gajus, pucuk putat, dan bunga kantan yang dihiris halus. Dan mesti ada telur rebus.

Resepi Laksa boleh Click Sini. Tapi yang kali ni buat 100% menggunakan ikan fresh.

DSC04287ed

Kalau dulu-dulu saya sukakan mee laksa yang jenis halus tu. Tapi sekarang macam dah tak berapa sedap. Mee laksanya banyak mudah hancur dan putus-putus. So sekarang berbalik kepada mee laksa besar ni. Tapi kena rendam semalaman baru lah masak elok dan lembut.

DSC04279ed

Hehehe sapa pernah buat murtabak meggi ni.. sedap kan makan panas-panas cicah sos cili. Yang ni pula saya buat sebab hari tu mengidam nak makan Murtabak Rose yang tebal dan sedap kat Alor Setar. Tapi kedai murtabak tu dah tutup ke atau dah berpindah, nak cari kat mana pun tak tau hehehe..

20140417_171642ed

20140417_171546

Mula-mula sediakan bawang jeruk ni. Perlu disediakan 2-3 jam lebih awal supaya bawang tu rasa jeruk sikit. Caranya perap bawang, cuka, gula (ikut nak manis macam mana) dan sedikit garam. Masukkan juga sedikit pewarna merah.

20140417_161937ed

Lepas tu sediakan inti. Terpulang nak macam mana dan bahan sayur tu nak apa. Macam saya buat ni saya tumis sedikit rempah kari dan masukkan sedikit isi ayam cincang dan sayur campur dan bawang besar dipotong dadu. Masak sehingga kering dan sejukkan. Lepas tu pukul telur sebanyak mana yang diperlukan. Lagi banyak lagi sedap lah kan hehehe.. Masukkan inti tadi ke dalam telur dan gaul rata. Saya tambah lada hitam dan sedikit garam dalam telur tu.
20140417_165649ed

Masukkan mee segera yang direbus. Saya pakai mee cintan yang dalam packet besar tu. Mee nya flat macam kuey teow. Boleh je pakai mee segera biasa.
20140417_165859

Pakai acuan bulat telur ni. Sebab kuali non stick kat rumah takde yang kecil. Kalau ada kuali kecil tak payah pakai acuan ni pun ok. Siap! 
20140417_171012
Bila kucing engkau sayang tersesat di jalanan..
Pasti ia akan mencari jalan pulang...
Jika sahabat sejati meninggalkan dirimu...
Untuk apa kau bersedih kerna ia pasti kembali...

Ni namanya Park Sarang. Pangillan manja, Sarang. Dia tak hilang pun, saja nak letak lirik lagu Pitahati yang sedap tu... :D

P1010018

P1010012
Nama tak blah blah betul... heheheh

Sambal ikan bilis mesti semua orang tahu buat kan. Ada yang jenis kuah sambal dan ikan bilis goreng diasingkan. Selalunya dimakan bersama nasi lemak. Ada pula yang sambalnya dibuat pekat, berminyak dan kering kemudian digaul ikan bilis yang digoreng garing bersama-sama sambal tu. Ada juga yang jenis sambal dan ikan bilis dimasak bersama, tapi jenis ni kadangkala ikan bilis akan jadi liat dan keras.
Resepi sambal ikan bilis yang saya tunjuk kan nanti yang versi yg masak sekali sambal dan ikan bilis nya tetapi ikan bilis nya masih lembut dan sedap dimakan. Ikan bilis tu juga tak akan kembang sangat dalam kuah tu.

DSC04312ed

Yang penting ikan bilis tu kenalah dikopek buang perut dan kepalanya dulu. Baru lah nampak cantik, dan rasanya sedap dan tak pahit. Kalau beli ikan bilis yang dah dibelah dua pun boleh je, tapi ada yang isi perutnya tak dibuang sepenuhnya. Pun kena kopek keluar jugak lah hehehe..

Tips nak dapatkan sambal yang sedap pula, mula-mula cili kering tu di potong pendek pendek dan keluarkan biji-biji nya. Kemudian direbus sehingga mendidih dan lembut. Tapis cili rebus tu sambil tekan tekan dengan senduk supaya bijinya keluar lagi. Lepas tu bolehla kisar. Kalau tumbuk pakai lesung batu mesti sedap lagi. Tapi kalau malas tumbuk boleh kisar dengan pengisar jenis kering tu. Hasilnya macam cili tumbuk juga. Tak terlalu berair sangat. Dan bila tumis, sambal tu tak meletup letup sangat. Kalau kisar cili pakai blender biasa tu cili selalu meletup sampai pijar tangan (T___T).

Masa nak tumis pulak, tumis cili dan bawang je dulu, jangan masukkan air lagi. Tumis lama-lama cili tu sehingga betul-betul kering dan garing, dan naik minyak, dan kemudian baru lah boleh ditambah air kalau nak kuah sambal tumis tu cair sikit.

Sambal tumis ikan bilis ni ikan bilisnya lembut je kalau dimasak lama dan sesuai dimakan bersama roti dan nasi panas. 


DSC04325


Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Lesung Batu

400gm Ikan bilis – di buang kepala, perut dan dibelah dua
1 ½ senduk cili kering yang dikisar
½ cawan air asam jawa
1-2 inci belacan bakar - saya tak masuk belacan sebab tak suka :D
1 ulas bawang besar dipotong tebal – saya pakai bawang kuning
Air secukupnya

Bahan dikisar sekali
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan-bahan dikisar campur bersama cili kering kisar.
Sambal ikan bilis 

Ikan bilis dibersihkan dan rendam beberapa minit.
Sambal ikan bilis

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis seketika sehingga ikan bilis tu lembut sahaja. Jangan goreng sampai ikan bilis jadi garing pulak.
Sambal ikan bilis 

Tumbuk ikan bilis yang digoreng sehingga pecah pecah sahaja tetapi jangan hancur.

Sambal ikan bilis 

Panaskan semula minyak goreng ikan bilis tadi dan tumis cili dan bahan kisar. Tumis lama-lama sehingga garing dan cilinya naik minyak.

Sambal ikan bilis 

Masukkan air asam jawa, tambah sedikit air dan masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi. Rasakan garam dan gula secukupnya. Tujuan masukkan air sebab nak lembutkan ikan bilis tu.
Sambal ikan bilis 

Masukkan juga bawang besar.
Sambal ikan bilis 

Masak lama sehingga kuah kering dan pekat dan ikan bilis dan bawang menjadi lembut.
Siap!
Sambal ikan bilis
It is during our darkest moments that we must focus to see the light.... -Aristotle Onassis

Pray for Mangsa Banjir
Pray for Air Asia QZ8501 


DSC09431
2015 right around the corner, that means new goals, new challenges, new opportunities and new milestones await...

Gambar ikan paus terdampar di tepi pantai Merdeka.

Lokasi : Pantai Merdeka, Kedah
Gear : Samsung GT19082

IMG_5433ed

A giveaway being held by Hanis Amanina & Aisya Ibrahim

So what’s up for grabs? Postcards from Czech and Germany Uols!! I’m sure I don’t need to tell you how awesome this giveaway is.

Here’s what you have to do to join this giveaway:

1. Follow  their blog Hanis Amanina & Aisya Ibrahim - Done
2. Follow this Instagram ; this is OPTIONAL, yea. :D. -  emm emm emm following :D
3. Create a blog post entitled "Postcards Giveaway From Czech & Germany" (just like this post's title) - yeapp done!
4. Then, put the banner above in the blog post and back link it to Hanis Amanina & Aisya Ibrahim

"/>

5. Tag 3 of your blogger friends to make this giveaway the more the merrier! Don't forget to inform them okay?
Ok yang kena tag ialah
ANA-MIZU
PAPAGLAMZ
ZAFAIR MAS

Harap menang sebab akak sukaaaa postcard!!!!! :D


Hi semuaaa....

Nak update blog serba salah sebenarnya....

Bila tengok banjir yang semakin teruk di Kelantan, Terengganu, dan Kuala Kangsar Perak, rasa macam kejam je nak upload gambar makanan dan resepi kat blog ni. :-(

Ada diantara mangsa yang terpaksa berlapar sementara menunggu bantuan makanan tiba disebabkan jalanraya terputus terus. :-(

Ada update di facebook, di Parit, Perak air sungai Perak dan mencecah tebing. Parit dan Kg Siputeh (rumah mak mentua) dah tak jauh mana dah. Risau je bila fikirkan.

Apa pun sama-sama kita berharap dan berdoa semoga banjir akan reda dan air surut dengan secepat mungkin. Siapa yang area Parit dan Kuala Kangsar boleh la share update ye..

Sementara banjir nampak tanda-tanda nak pulih ni layan je lah gambar bunga ke kucing ke atau apa sahaja yang share di blog ni. Harap tak ada yang jemu hehehe...

Location : Site - ada yang tanya kenapa letak lokasi Site. Sebab saya banyak buat site visit (construction site) jadi kebanyakan masa kat site, tu yang gambar semua dari site atau lebih tepat dari dalam semak tepi site hahahahaha!
Gear : Sony A290

Bunga rumput
DSC09302ed
May your life be like a wildflower growing freely in the beauty and joy of each day

DSC05846

Jangan hanya memandang bunga di taman. Bunga liar di hutan pun kadang-kadang cantik juga. :D



Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Selamat Malam semuaa..... dengan ucapan dari mak akak.....

"Gambaq lalat pun hang nak ambik!" (T__T)

DSC05533
Mesti ramai yang suka makan cheese cake kan. Maklumlah taste taste antarabangsa semuanya. Nak beli di kedai sepotong dah dekat Rm10 dengan tax!

DSC04069Edwm

No bake cheese cake ni simple je buatnya. Dan kos membuatnya tak la semahal membelinya dari kedai kek. Resepi no bake cheese ni cuma perlu masukkan cheese cake ke dalam peti sejuk selama beberapa jam. Tak perlu bakar. Yang tak ada oven pun boleh buat.

Tapi yang saya buat ni dasar nya agak berderai sebab saya tunggu cuma 4 jam sahaja untuk potong. Sebab nak kejar cahaya matahari (natural lights) untuk photography. Kalau pakai lighting studio takut hasil dia tak sama seperti pakai cahaya semulajadi ni.

DSC04111edwm

Lepas dibiar semalaman, dasar kek tu memang cantik kerasnya bila dipotong. Next time kena buat dari malam sebelumnya hehehe..

Apapun rasanya tetap sedap. Hehee.. Kalau tak suka lemon boleh ganti dengan perisa lain. Boleh pakai blueberry, strawberry atau apa sahaja filling. Sekarang dah banyak jual filling instant kat kedai bahan kek. Saya tengok di kedai filling blueberry cuma harga RM4 sebekas lebih dari cukup untuk sebiji kek. Dah beli tu, cuma curahkan atas kek yang telah pun beku sepenuhnya.

Kalau tak nak pakai biskut marie dan nak gantikan dengan biskut kesukaan masing-masing pun boleh. Selalunya biskut oreo lebih sedap kan!

Kalau nak buat kek cheese kena ada spring form pan, sejenis pan yang boleh dibuka bahagian bawahnya (base). Senanglah nak keluarkan kek sebab kek ni mana boleh main terbalik terbalik macam kek biasa.

Tapi kalau tak ada spring form pan, boleh je kita buat mini cheese cake dalam gelas-gelas comel atau mug yang ada kat rumah. Ataupun kalau nak bagi kawan-kawan boleh je masuk dalam bekas plastik bertutup yang banyak jual kat kedai. Adik-adik yang belajar kat kolej, kalau rumah sewa ada peti sejuk boleh la buat bisness no bake cheese cake ni heheheh..

Kalau isi dalam gelas kena isi lapis-lapis selang seli cream cheese dan biskut barulah cantik!!


cheesecake3

Bila nak makan, cedok je dengan sudu!
cheesecake2

20141219_103544

Oklah jom tengok tutorial cheese kek paling simple ni. 

Resepi No Bake Cheese Cake

Bahan-bahan Dasar Kek : 
300 gm biskut marie - RM 3.50
100 gm butter - dicairkan - RM 4.50 - ada balance lagi boleh buat kek lain
1 ½ tbsp gula halus - Free  sebab pakai rumah punya ;p

Biskut marie dihancurkan. Cara hancurkan, letak dalam plastik bersih, ketuk dengan lesung batu dari luar.
Campurkan biskut marie yang telah dihancurkan bersama butter cair  dan gaul sebati.

20141219_105437

Ratakan kedalam pan dan Tekan sehingga padat. Masuk dalam peti sejuk. Tunggu sehingga lebih kurang 1 jam baru lah boleh dicurahkan adunan cheese. Ni acuan bersaiz 8 inci. Kalau nak pakai acuan besar kena gandakan bahan-bahan ye.

20141219_111208


Bahan-bahan Adunan Cream Cheese :
250 gm Cream cheese jenama Tartura -  RM 7
200 gm Non-diary Whipping cream  - Saya pakai yg UHT Whipping cream. nak putar baru keluarkan dari peti sejuk - RM 16.50 utk 1 liter jenama Anchor. Jadi ada balance lagi 800 ml. Cari kotak kecik dah habis pulak.
80gm Gula caster – kisar sedikit supaya halus - sekali lagi free sebab pakai gula dari rumah
2 sudu besar jus lemon - RM 1
1 ½ tbsp gelatin – dicampur 100 ml air panas dan kacau sehingga sebati dan gelatin larut sepenuhnya. RM 2 sebungkus. masih ada balance


Cara-cara :
Sejukkan mangkuk pemutar terlebih dahulu dalam peti sejuk bahagian atas selama 10 minit. Keluarkan whipping cream dari peti sejuk dan terus tuang whipping cream dalam mangkuk sejuk tu, dan putar whipping cream sehingga kembang . Masukkan semula bekas whipping cream yang telah dipukul  tadi ke dalam peti sejuk supaya tak cair.
20141219_120326

Dalam mangkun yang berlainan, pukul cream cheese sehingga kembang,
20141219_120413

Masukkan gula, jus lemon dan bancuhan gelatin. Pukul lagi sehingga sebati.
20141219_120742

Keluarkan adunan whipping cream yang dipukul tadi dari peti sejuk dan masukkkan ke dalam adunan cheese.  Kaup balik dengan spatula sehingga rata atau pukul dengan mixer pada kelajuan paling perlahan sekejap sahaja.
20141219_121205

Ratakan adunan cream cheese bercampur whipping cream tadi ke dalam acuan  yang telah diletakkan dasar kek dari biskut marie tu. 
20141219_121551

Ratakan pakai spatula. Saya pakai sikat ni hehehe
. 20141219_121821

Dah siap dan ready nak masuk peti sejuk! 
20141219_121932

Sejukkan dalam peti sejuk selama semalaman dan esok boleh lah di makan.



Jumlah Perbelanjaan Kasar : RM 34.50
Boleh makan untuk 6 orang. Dan ada sesetengah bahan macam butter dan whipping cream ada banyak balance lagi tu, jadi beli lah cream cheese tu lebih sikit supaya boleh buat 2 atau 3 kali lagi.