Resepi Sup Ketam Yang Mudah

Rupanya ramai tak tahu nak masak Resepi Sup Ketam haha.. sebab bila Kekny share gambar sup ketam ramai DM tanya resepi. Lah hangpa sup ketam ni buat je macam sup biasa sup ayam tu pun boleh je. Atau buat macam sup bening tanpa rempah cuma tumis bawang atau ala sup siam yang masam pedas. Macam macam resepi kita boleh buat. Tapi saya suka versi yang saya buat sebelum ni yang ringkas je. Boleh tengok resepi kat SINI

Sup ketam, resepi sup ketam, crab soup

Untuk resepi Sup Ketam kali ni saya buat letak rempah sup sikit. Saja nak kelainan. Sedap juga. Tapi saya lebih suka sup yang sebelum ni buat tanpa rempah tu. 

Sup ketam, resepi sup ketam, crab soup


Kebaikan Sup Ketam


Sup Ketam ni banyak kebaikan. Antaranya ialah :


Penabambah darah kerana tinggi Iron, Magnesium dan Phosphorus

Sup ketam juga baik jika dimakan ketika demam dan selsema kerana tinggi kandungan Vitamin C, Riboflavin dan Niasin 

Bagus untuk kesihatan jantung kerana tinggi Selenium

Bagus untuk perkembangan otak, petumbuhan tisu, dan pembebasan radikal bebas kerana tinggi Zinc dan Cooper






Resepi Sup Ketam 

Bahan-bahan Resepi Sup Ketam


4 ekor ketam - buang cengkerang atas yang keras tu, potong kaki belakang dan belah badan 2

1 ulas bawang besar - dihiris nipis 
4 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis
1 sudu kecil pes sup adabi atau 1 bunjut sup
Daun sup dan bawang goreng
3 biji kentang
2 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil serbuk atau kiub ikan bilis
Air secukupnya

Cara-cara masak resepi sup ketam

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia. Tumis sehingga wangi 
Masukkan air, pes sup, serbuk ikan bilis dan biar sehingga kuah mendidih.

Masukkan kentang masak hingga kentang empuk. 

Masukkan ketam, garam , lada sulah. 

Tabur daun sup dan bawang goreng semasa menghidang

Selamat mencuba resepi sup ketam yang sedap ni


Post a Comment

0 Comments