Resepi Kuah Kacang Sotong Kembang

Kuah Kacang Sotong memang sangat sedap terutama dimakan bersama nasi himpit dan lontong serta sayur masak lodeh. Selalunya bila letak sotong rasanya lebih padu. Tapi ramai kata tak berapa menjadi bila letak sotong, ada yang kuahnya jadi cair tak berapa pekat dan ada kata berbau kuat sotong kembang tu. Haaa takpe nanti saya share tips nak bagi sedap dan Resepi Kuah Kacang Sotong Kembang ni sekali.

Resepi kuah Kacang Sotong, sotong kembang, kuah kacang sotong, resepi kuah kacang sedap

Apapun kuah kacang yang sedap mestilah naik minyak macam ni. Tanda cukup masa ditumis dan dimasak lama sehingga kacang kembang dan keluar minyaknya. Tapi ada juga yang tak tumis kuah kacang, hanya lebur terus bahan bahan kisar dan masak lama lama sehingga terbit minyak dari kacang tu sendiri. Pun boleh juga cuma proses memasak lebih lama la. Nak tunggu minyak terbit tu kan.

Resepi Kuah Kacang Sedap untuk Satay pula boleh KLIK SINI



Tips Kuah Kacang Sotong Kembang Sedap dan Tak Berbau


Kacang Digoreng Sampai Masak

Kacang mestilah digoreng dan disangrai sehingga betul rangup masaknya. Bukan ala kadar sahaja. Baru rasa kacang tu lebih harum dan rasa lemaknya keluar.

Kulit Ari Kacang Tak Perlu Dibuang

Kalau dulu mak saya selalu suruh buang kulit kacang nipis tu lepas kacang disangrai. Kena tampi lagi sambil tiup kulit tu supaya terasing dari kacang. Bila dah berkahwin, mak mentua saya beritahu takpayah buang kulit tu. Kisar je sekali. Kerana kulit tu akan bagi warna kuah kacang merah elok. Tak la putih pucat lebam je kuah kacang nanti.

Tips Sotong Kembang  Tak Bau Hanyir

Masa cuci, tarik buang satu lapisan kulit nipis je yang bersinar macam selaput kat badan sotong luar dan dalam. Haa buang selaput tu baru sotong tak berbau. 

Sotong kena potong tebal jangan halus.

Ini kerana sotong ni akan mengecut. Kalau dah potong halus maka tak berasa la sotong tu nanti bila dah jadi kecik sangat.


Resepi kuah Kacang Sotong, sotong kembang, kuah kacang sotong, resepi kuah kacang sedap


Ok jom tengok resepi pulak! 



Resepi Kuah Kacang Sotong Kembang


Bahan-bahan Resepi Kuah Kacang Sotong Kembang

1 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak atau dibakar dalam oven sehingga rangup, dikisar atau tumbuk kasar. Tak perlu dibuang kulitnya
1 senduk cili kisar - nak pedas boleh tambah
1/2 ketul gula melaka - atau lebih jika perlu
Air secukupnya
2 batang serai diketuk
2 ekor sotong kembang, buang kulit nipis luar dan rebus. potong kecil
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
1-2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih1
inci lengkuas
2 inci halia

Cara-cara Masak Resepi Kuah Kacang Sotong Kembang

Panaskan minyak, tumis baham kisar dan serai. masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.

Masukkan gula melaka, kacang, asam jawa. Tambah air. Masak lama sehingga kacang kembang elok dan kuaj naik minyak.

Masuk sotong kembang. Masak lagi sehingga kuah kacang pekat dan berminyak elok

Jangan lupa cuba Resepi Kuah Kacang Sotong Kembang ni yaa


Post a Comment

0 Comments