Resepi Sotong Goreng Kunyit Berempah

Selalu masak sotong goreng kunyit biasa je kan. Kali ni boleh buat versi berempah. Rasanya sedap juga. Resepi Sotong Goreng Kunyit Berempah ni sesuai dihidangkan dengan nasi berempah, nasi minyak, nasi tomato. 

Sotong goreng kunyit, sotong kunyit, resepi sotong, sotong goreng

Resepi pun mudah je dan bahan tak banyak. Pejam mata pun boleh masak lauk ni. 

Jom tengok Resepi Phad Phet Ayam kat Sini
 
Sotong goreng kunyit, sotong kunyit, resepi sotong, sotong goreng

Resepi Sotong Goreng Kunyit Berempah


Bahan-bahan Resepi Sotong Goreng Kunyit Berempah

1kg sotong bersihkan dan potong jika saiz besar.
3 biji Ubi kentang dipotong sederhana tebal
1 biji bawang besar potong nipis
5 ulas bawang putih potong nipis
1 sudu besar serbuk rempah beriani
1 sudu teh serbuk kunyit
Cili padi secukupnya



Cara masak Resepi Sotong Goreng Kunyit Berempah


Gaul sotong dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. 

Goreng kentang sehingga masak. Angkat dan ketepikan. Jika tak mahu goreng asing, boleh masukkan kentang lepas rempah masak garing. 

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan rempah beriani yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis sehingga rempah garing dan naik minyak.

Masukkan sotong dan masak seketika agak sotong kecut sikit.

Masukkan kentang goreng dan cili padi. Boleh tambah bawang potong jika suka.

Siap.

Jangan lupa cuba resepi Sotong Goreng Kunyit Berempah yang sedap ni ye


Post a Comment

0 Comments