Resepi Pulut Kacau Paling Senang

Siapa suka Pulut Kacau atau Wajik. First time Kekny buat Pulut Kacau ni tak sangka menjadi elok. Nampak cantik, berkilat dan kental. Rasa pun sedap sangat! So nak share lah Resepi Pulut Kacau Paling Senang dan pasti menjadi  ni dengan semua.


Resepi Pulut kacau, wajik, nasi manis, pulut wajik, pulut kacau utara

 
Resepi Pulut kacau, wajik, nasi manis, pulut wajik, pulut kacau utara

Apa yang penting dalam Resepi Pulut Kacau ni, tak payah nak rendam pulut berjam lamanya. Dan tak payah kukus pulut tu pun. Renyah kan kadang nak rendam, kukus lagi. Dan saya akan share tips nak bagi Pulut Kacau nampak lagi berkilat, Kental tapi tak keras, lembut dan lemak je.


Tips Resepi Pulut Kacau Menjadi Elok


Beras Pulut

Guna beras pulut berkualiti. Boleh beli jenama Floral atau Faiza. Jangan beli yang timbang tu kadang pulut dia memang keras. Yang berjenama ni pulut dia wangi, lembut dan tak patah hancur jika ditanak

Gula Merah berkualiti

Jangan guna gula merah timbang yang kadang kala ada pasir didalamnya. Beli yang dipaket dan ada jenama ya. Gula macam ni dia tak gelap hitam sangat warnanya merah gelap elok je. 

Gula Batu

Gula batu memberi kilatan yamg cantik kepada pulut kacau. Dan gula batu juga selalunya akan kurangan pulut berair. Jadi hasilnya pulut kacau yang kering elok tapi masih lembut dan lemak serta kenyal.

Tahap Garing

Kalau suka Pulut Kacau jenis rangup, selepas tanak pulut boleh anginkan kejap supaya pukut kering. Atau masa masak, biar masak sehingga betul betul kering dan rangup pulutnya. Kena kacau lebih sikit la

Kukus atau Tanak

Pulut boleh dikukus dahulu atau tanak. Tapi saya nak mudah, saya tanak je. Kalau suka kukus boleh je kukus, pulutnya akan nampak sebiji sebiji. Tapi kalau sukatan air betul, tanak pun masih boleh nampak pulutnya tak hancur

 Jom tengok Resepi Pulut Kacau ni

Resepi Pulut kacau, wajik, nasi manis, pulut wajik, pulut kacau utara


Resepi Pulut Kacau Paling Senang 


Bahan-bahan Resepi Pulut Kacau Paling Senang


Untuk masak pulut :
2 cawan beras pulut
2 cawan air (pastikan sukatan air dan beras guna cawan yang sama)


Bahan lain
80 gm gula batu 
100 gm gula melaka
4 sudu besar gula merah
200 ml santan pekat
400 ml air
1 sudu teh garam
Daun pandan disimpul


Cara Penyediaan Resepi Pulut Kacau Paling Senang


Masukkan 2 cawan pulut dan 2 cawan air bersama 2 daun pandan dalam rice cooker. Masak dalam rice cooker seperti biasa. Dah masak, gemburkan pulut dan sejukkan sekejap.

Dalam kuali satukan gula merah, gula melaka, air dan daun pandan. Masak sehingga gula larut.


Bila gula larut masukkan santan, gula batu dan garam.


Masak sehingga air gula pekat. Tanda air gula pekat, air gula akan melekat selapis kat senduk.


Masukkan pulut dan kacau rata dengan air gula. Api mesti sederhana perlahan ya


Terus kacau dan masak sehingga Pulut Kacau jadi pekat dan air gula nampak bertali jika ditarik dengan senduk.


Semasa masih panas, masukkan dalam acuan dan mampatkan.


Sejukkan selama beberapa jam sebelum dipotong atau dikeluarkan dari acuan.

Jom cuba resepi Pulut Kacau Paling Senang ni! 


Post a Comment

0 Comments