Resepi Bihun Tomyam Kuah Pekat

Jom masak Resepi Bihun Tomyam Kuah Pekat pula. Dah lama betul Kekny tak buat Bihun Tomyam. Jarang sebenarnya masak tomyam sebab macam dah jemu. Kalau kedai siam belambak tu menu tomyam je kan. Tapi tau la susah nak cari tomyam yang kena dengan selera tekak. Kebanyakan tomyam tak rasa daun ketumbar, ada yang terlalu manis, terlalu masin, ada yang tawar. Susah betul nak cari tomya yang perfect. Nak tak nak kena la buat sendiri. 

Bihun tomyam, resepi tomyam pekat, resepi tomyam sedap, tomyam campur

Kalau Bihun Tomyam ni Kekny suka kuahnya pekat pekat macam berlemak gitu. Ada letak santan dan susu kan. Perencah pun bagi lebih sikit. Rasa dia kena strong. Paling penting kena ada daun ketumbar, lengkuas, serai. Halia bagi Kekny tak letak dalam tomyam sebab Kekny memang tak jumpa kedai yang letak halia. So bila Kekny try tak letak halia memang tomyam rasa lagi sedap. Rasa lengkuas dan ketumbar tu tak hilang dek halia macam tu. 

Nak Resepi Tomyam Jenih boleh KLIK SINI

Bihun tomyam, resepi tomyam pekat, resepi tomyam sedap, tomyam campur

Ok lah jom tengok resepi mudah Bihun Tomyam Kuah Pekat ni.. Tips mudah nak kuah lemak, masuk je susu tu banyak, dan bila masuk susu jangan buka api dah nanti susu tu pecah dah kuah tak lemak. 

Bihun tomyam, resepi tomyam pekat, resepi tomyam sedap, tomyam campur

Resepi Bihun Tomyam Kuah Pekat

Bahan-bahan Resepi Bihun Tomyam Kuah Pekat

1 cawan Isi ayam dipotong kecil
1 cawan daging 
1 cawan udang (boleh tambah sotong juga)
1 botol kecil pes tomyam brand Peace (botol ungu)
1 tin susu sejat 
1/2 ketul gula melaka mini size ( boleh tambah atau kurang ikut kemanisan)
10 biji limau kasturi perah ambil jus
4 ke 5 cawan air adjust ikut kepekatan

Bahan perasa 
2 batang serai diketuk dan potong 1 inci
2 inci lengkuas dipotong nipis
2 rumpun akar ketumbar
5 ulas bawang putih diketuk separuh hancur
6-7 biji cili padi diketuk
5 helai daun limau purut

Bahan sayur
Segenggam cendawan tiram
2 biji tomato dibelah 8
2 ulas bawang besar kuning, dibelah 8
4 batang jagung muda
2 batang carrot
Segenggam kobis bunga

1/2 paket bihun rendam 2 minit dahulu

Cara penyediaan Resepi Bihun Tomyam Kuah Pekat


Bihun celur
Panaskan air hingga betul mendidih. Masukkan 2 sudu besar minyak. Masukkan bihun dan masak 1 minit sahaja. Angkat dan toskan air. Terus gaul dengan 2 ke 3 sudu besar minyak rata rata. 

Kuah Tomyam 
Panaskan air dan masukkan lengkuas, serai, akar ketumbar dan bawang putih. Kemudian masukkan isi ayam, daging. Masak mendidih hingga ayam dan daging empuk. 

Masukkan gula melaka dan garam sedikit. Kemudian masukkan pes tomyam 1 botol kecil kesemuanya. Kacau rata.

Bila mendidih masukkan carrot dahulu. Masukkan daun limau purut, cili padi dan biar mendidih lagi

Masukkan bawang holland. Dan boleh masukkan semua sayur keras macam jagung dan kobis bunga. Masak seketika.

Masukkan sayur lembut pula diikuti bahan seafood. Masukkan juga jus limau. Adjust balik garam, gula hingga dapat rasa yang perfect. 

Biar mendidih betul betul. 

Masukkan susu cair dan terus tutup api.

Masukkan daun ketumbar. Kacau rata. Jangan buka api dah lepas masuk susu tu sebab nanti susu pecah pecah dan tomyam jadi tak creamy

Hidangkan dengan bihun.

Jangan lupa cuba resepi Resepi Bihun Tomyam Kuah Pekat ni ya 


Post a Comment

0 Comments