Resepi Daging Korban - Daging Goreng Kunyit

Bila tiba Raya Haji atau Raya Korban mesti ramai tercari apa resepi nak buat untuk masakan daging korban. Tak payah cakap banyak menu wajib mesti lah Daging Goreng Kunyit kan? Kali ni kita tengok Resepi Daging Korban Daging Goreng Kunyit dan tips nak dapatkan Daging Goreng Kunyit yang sedap sangat

Daging Goreng Kunyit, resepi daging goreng kunyit, masakan,  resepi daging korban,

Sebenarnya masakan Resepi Daging Goreng Kunyit ni paling ringkas sekali ialah daging, kunyit, minyak, bawang, halia dan cili. Ini bahan basic kena ada. Tapi olahan tu kena betul untuk dapatkan rasa daging disaluti serbuk kunyit dan garam, bersalut minyaknya serta bahan sayurnya yang selalunya ialah carrot, kacang panjang dab kobis bunga. 

Daging Goreng Kunyit, resepi daging goreng kunyit, masakan,  resepi daging korban,

Tips Resepi  Daging Goreng Kunyit Lebih Sedap

Perap 

Sebenarnya daging mestilah digaul garam kunyit terlebih dahulu sehingga rata, perap sekejap. Lepas tu barulah digoreng. Kalau nak lebih sedap perap daging bersama halia dan bawang yang dikisar. 

Goreng

Teknik menggoreng pula ialah stir fry. Minyak letak sedikit kemudian terus goreng daging tu. Tak perlu tumis tumis bawang dah. Bila daging dah kering, tambah air dan goreng lagi sampai daging kering dan empuk. Masak sehingga daging garing dan tidak berair kuahnya. 

Sayur

Kemudian baru tambah sayur sayuran kedalam Daging Goreng Kunyit tadi. Bahan sayur ni jangan terlalu banyak nanti tenggelamkan daging goreng. saya kadang tak suka letak sayur, just bawang sahaja. Masak sekejap, perasakan dengan garam dan dah siap Daging Goreng Kunyit 

Nak resepi Daging Goreng Kunyit yang lanjut korang boleh tengok video Kekny share kat bawah ni



Post a Comment

0 Comments