Hai semua! Korang ada rice cooker atau tengah planning nak beli rice cooker? Jom Kekny share review mengenai rice cooker paling AI pernah Kekny ada yang sangatlah best bila gunanya. Review ni dibuat lepas satu bulan lebih guna dah cuba pelbagai resepi tau! Dan Kekny akan share 5 Resepi Best Guna Rice Cooker tu kat bawah ni. Sebelum tu jom tengok review dulu!
Review TEFAL DELIRICE PLUS RICE COOKER RK 776B.
Kalau korang suka masak nasi berperisa macam nasi minyak, nasi tomato tapi tak menjadi elok, korang wajib beli kitchen helper macam Tefal Rice Cooker ni sebab kejadian nasi korang jadi cantik sangat dan yang penting sedap!
Bukan boleh masak nasi je tau, boleh steam, masak bubur, dan ada fucntion untuk bakar kek, Claypot rice function untuk dapatkan rangup rangup kat nasi perfect kalau korang nak buat nasi goreng express guna rice cooker dan nasi goreng garing garing sikit macam digoreng atas kuali. Banyak lagi lah function best.
Selain tu Rice cooker ni versatile sebab ada 4 function, terpaling best ada function untuk beras Basmathi beras paling susah nak handle kan. Dengan Rice Cooker ni, tasty and fluffy je nasi minyak beras basmathi korang nanti. Dan ada juga selection untuk pilih texture beras nak soft, regular atau hard ikut resepi dan citarasa korang!
Boleh kukus juga tau. Ni Kekny kukus kuih apam, elok merekah apam ni.
5 Resepi Mudah Guna Rice Cooker
1. Nasi Tomato Guna Beras Basmathi Lagi Cantik dan Gebu
Nasi Tomato ni tak susah mana nak buat. Semua orang boleh buat lah nak lagi pakai rice cooker. Kalau rasa tak confident tu invest la beli Rice Cooker yang ada AI ni. Berbaloi sebab jimatkan masa kerja di dapur.
Resepi Nasi Tomato
Bahan - bahan
4 cawan beras basmathi - saya guna parboiled basmathi Jasmeen
2 helai Daun pandan disimpul
5 sudu Minyak sapi atau butter
1 batang kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 biji buah pelaga
1 tin kacang pis hijau tapis buang airnya.
2 sudu teh garam
1 kiub ayam jika suka (optional)
Buah tomato dihiris nipis (optional)
Bahan cair kita campur sekali bagi cukup 5 1/2 cawan iaitu :
1 cawan susu sejat
1 tin tomato soup
Air cukupkan jadi 5 1/2 cawan bersama bahan diatas
Bahan kisar dengan sedikit air
10 ulas bawang merah atau 2 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara penyediaan :
Panaskan kuali dan cairkan minyak sapi atau butter. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang serta daun pandan. Masukkan bahan kisar. Tumis sampai wangi bahan kisar tu. masukkan tomato
Pindahkan kedalam rice cooker bahan tumis tadi. Masukkan beras dan air serta susu
Tekan button basmati rice dan tekan start. Biar sampai masak
Bila nasi dah masak, buka penutup dan tabur kacang pis diatas nasi dan gaul rata.
2. Beef & Mushroom Rice
Nasi simple je tapi ada banyak protin kat dalam ni. Boleh digabungkan dengan salad. Kalau suka boleh tambah garlic tapi Kekny tak letak sebab nak rasa mushroom yang kuat tu. Memang sedap tau. Kena cuba ya. Rice Cooker Delirice Plus yang best ni mestilah sari @tefal_my. Paling best rice cooker ni ada function untuk Beras Basmathi tau. Senang kalau yang suka masak nasi ni. Ok jom tengok resepi mudah ni
Resepi Beef & Muhroom Rice
Bahan-bahan
300gm daging cincang
3 sudu besar minyak
2 cup beras
2 1/2 cup air
1 tin mushroom soup
1 cup cendawan butang
1 cup cendawan swiss brown
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar stok ayam atau boleh pakai 1 kiub ayam
1 sudu teh lada sulah
Sedikit daun bawang dipotong
1/3 cup keju parmesan parut (optional)
Cara penyediaan:
Masukkan minyak dalam rice cooker dan masukkan daging. Tekan mode steam dan masak sekejap daging sehingga sedikit garing.
Masukkan beras, air, dan sup cendawan. Masukkan stok ayam, kicap cair dan lada sulah. Kacau rata.
Masukkan cendawan di atas beras. Tutup rice cooker dan tekan setting Japanese Rice dan tekan Start.
Apabila sudah masak, tabur parmesan cheese dan daun bawang. Siap
3. Bubur Lambuk Rice Cooker
Untuk Bubur Lambuk Rice Cooker ni resepi mudah je. Apa lagi kalau guna Tefal Delirice Rice Cooker RK776B.
Resepi Bubur Lambuk
2 cups beras
5 cups air
150 ml santan
300 gm daging lembu dihiris nipis
2 batang daun sup ambil daun dipotong dan bahagian akar potong pendek
1 batang lobak merah potong dadu
1 inci halia potong halus
3 ulas bawang putih dicincang
1 sudu besar pes rempah sup
1 sudu besar lada hitam biji
Garam secukup rasa
Bahan bawang goreng
10 biji bawang merah dihiris nipis
Sedikit minyak untuk goreng bawang
Masukkan beras, lobak merah, batang daun sup, air, daging, bawang putih, pes rempah sup, garam serta santan.
Kacau rata. Tutup periuk.
Tekan setting untuk Congee dan tunggu sehinga bubur siap.
Sementara tu boleh sediakan bawang goreng.
Goreng bawang sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
Bila bubur dah masak, buka penutup dan tuang sedikit minyak goreng bawang berserta bawang goreng. Tabur daun sup. Kacau rata. Siap dan sedia dihidangkan
4. Nasi Goreng Express Rice Cooker
Bila hari busy sangat Kekny mesti tak sempat nak masak. Tapi dengan Tefal Delirice Plus ni Kekny boleh masak macam macam tau. Sangat versatile and extremely convenient.
Nasi Goreng Rice Cooker express ni guna Tefal Delirice Plus Rice Cooker je. Masukkan beras, air, bahan- bahan nasi goreng, lepas tu setting terus jadi nasi goreng yang sedap macam goreng kat kuali. Jimat masa kat dapur.
Jom tengok resepi Nasi Goreng Rice Cooker ni
Bahan - bahan :
3 cup beras basmathi
3 1/2 cup air
Bawang putih cincang
1/2 cup isi ayam dipotong kecil
50 gm butter
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar perencah nasi goreng (optional)
1 cawan frozen mix veggies
8 pcs fish ball dipotong kecil
Kicap lemak manis
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah
Cara penyediaan :
Cuci beras dan toskan.
Masukkan beras dalam dalam Rice Cooker Tefal
Masukkan bawang putih,isi ayam, sos tiram, kicap cair, butter, lada sulah perencah nasi goreng, garam secukupnya.
Kemudian masukkan air. Kacau rata
Tutup dan setkan fucntion Beras Basmathi, tekan Start. Biar sehingga masak.
Bila dah bunyi beep dan nasi dah masak, buka penutup dan masukkan fish ball, mix veggies dan kicap lemak manis. Kacau rata. Tutup penutup semula. Tekan function Claypot dan Tekan Start. Biar selama 5 minit, buka dan kacau. Ini untuk dapatkan kegaringan kat nasi umpana digoreng guna kuali. Kemudian tutup semula. Tunggu lagi 5 minit. Dan dah siap dapat nasi goreng sedikit garing macam goreng guna kuali.
5. Nasi Briyani Udang Rice Cooker
Jom buat Nasi Beriyani Udang dengan Tefal Delirice Plus Rice Cooker. Mudah je!
Tefal Rice Cooker ni sesuai masak nasi briyani yang perfect sebab ada function untuk Basmathi rice. Nasi jadi super tasty dan fluffy. Gembur je lepas masak tu cantik je.
Resepi Nasi Briyani Udang
Bahan-bahan :
4 sudu besar Rempah Briyani dibancuh dengan air menjadi pes
3 ulas bawang besar dihiris nipis
6 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia
3 sudu besar butter atau minyak sapi
4 cup beras basmathi (guna cup rice cooker diberi)
5 cup air
1 kg udang tanpa kulit
2 sudu besar pes tomato puri
2 sudu besar yogurt
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar stok ayam
8 biji cili merah dan hijau
Buah tomato dipotong
2 helai daun bay
dadu (saya guna Cherry tomato)
1 sudu besar minyak sapi
3 - 4 sudu teh garam (atau lebih )
1 ikat daun ketumbar dicincang kasar
Cara penyedian
1. Dalam kuali, tumis bawang hiris bersama bawang putih dan halia cincang
2. Masukkan rempah briyani yang siap dibancuh dengan air. Masak sehingga rempah pecah minyak. Masukkan daun bay.
3. Masukkan beras yang dah dicuci kedalam Rice Cooker Tefal Delirice Plus.
4. Masukkan pes tomato, yogurt, cili, buah tomato, minyak sapi kedalam periuk nasi. Masukkan air dan juga udang. Kacau rata
5. Tutup periuk, kemudian Pilih function Basmathi Rice dan tekan Start
Biar sahaja sehingga dengar bunyi Beep tanda nasi dah siap masak. Tabur daun ketumbar atas nasi. Mudah je kan!
Acar Timun Yogurt
Bahan-bahan:
3 biji timun dipotong dadu
1 ulas bawang besar dipotong dadu
10 biji tomato cherry dibelah dua
4 sudu besar yogurt
Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan :
Gaul semua bahan bahan sehingga rata. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan
Haaa mudah kan kalau ada rice cooker Tefal ni. Tak payah la beli periuk banyak banyak. Satu rice cooker boleh masak macam-macam kan. So kalau masih belum ada rice cooker boleh la pilih Tefal Delirice Plus ni ok! Boleh ke IG @tefal_my untuk tengok lagi banyak resepi rice cooker Tefal ni.
0 Comments