Resepi Mee Sup Yang Simple Dan Sedap

Bila musim hujan menjelma, tekak rasa nak makan yang bersup dan berkuah je kan. Sekarang pula musim demam, batuk dengan gelombang Omicron yang melanda negara, ramai rakan-rakan terdeka yang update di social media bahawa mereka positive. Ramai yang kuarantine kendiri di rumah dan masak sendiri. Ha masa demam ni sesuai lah nak makan mee sup simple mudah ni. 


Mee sup simple, resepi maktok, noodle soup, mee daging, beef noodle, mee daging, mee kuah daging, resepi mee sup sedap

Mee sup paling mudah nak buat. Bahan pun senang dan paling cepat siap. Kalau Kekny di rumah memang stok kan bahan macam bebola ikan, ayam, daging beku, mee kuning dan sayur sayur tahan lama. Kadang tu jemu makan nasi lauk, masak pulak mee sup, mee kuah atau mee hailam. Tapi paling mudah mee sup lah.. 


Untuk resepi Mee Hailam KLIK SINI
Untuk Resepi Mee Kuah KLIK SINI



Resepi Mee Sup Yang Simple Dan Sedap



Resepi Mee Sup Yang Simple Dan Sedap

OK jom tengok resepi mudah ni. Boleh juga tengok video kat You Tube Eny Abdullah. Jangan lupa subscribe yaaaa!




Resepi Mee Sup Simple


Bahan-bahan Mee Sup Simple

600gm daging lembu(boleh juga pakai daging ayam)
20 ke 30 biji bebola ayam atau ikan
1 peket Pes Sup Tulang ADABI
Sayuran seperti carrot, kobis dan sawi dipotong
Tomato dibelah empat.
1 bungkus mee kuning, cuci dengan air panas,dari air kapur, minyak tapis kan.
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk pati ayam


Bahan tumis
2 ulas bawang besar hiris nipis
5 ulas bawang putih hiris nipis
1 inci halia hiris nipis


Cara masak Mee Sup Simple


Panaskan sedikit minyak dan tunis bawang, dan halia. Masukkan daging yang dipotong nipis dan goreng sekejap.

Bila daging dah nampak kecut, masukkan sos tiram, pes Sup adabi, air, serbuk perasa dan lada sulah. Masak sehingga mendidih dan daging empuk.

Akhir sekali masukkan mee, sayur. Boleh pecahkan telur jika suka.

Post a Comment

0 Comments