Tips Mudah Tanam Pokok Tomato

Disebabkan ramai yang bertanya di IG dan Facebook Kekny tentang #GardenEnyAbdullah. Antaranya ialah macam mana nak tanam tomato. Ada yang beli biji benih tapi tak bercambah. Ada pulak tanam tomato tapi tak nak berbuah pokoknya. Jadi dalam entry ni saya share tips mudah tanam pokok tomato yang saya amalkan dan harap dapat bantu my followers tanam tomato sendiri. Jenis tomato yang saya tanam ni ialah jenis Tomato Cherry iaitu tomato variati jenis kecil. Ada 2 jenis warna iaitu merah dan kuning. 

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Tips Semai Benih Tomato


Benih Mestilah Segar dan Tak Rosak


Benih dari buah tomato segar senang bercambah. Sebenarnya pokok Tomato senang disemai. Tapi dengan syarat biji benihnya mestilah segar. Kadangkala kita beli biji benih dari kedai bila balik semai tak bercambah. Itu sebab biji benihnya dah rosak dan tak boleh bercambah. Jadi pastikan benih masih baru, tidak rosak dan tidak disimpan di tempat panas. Benih dari buah tomato segar, secara terus ditanam adalah terbaik kerana ianya segar dan isi buah yang lerai dapat memberi nutrien kepada tanah sebagai baja.

Tengok gambar di bawah saya potong tomato ceri menjadi cebisan kecil. Pastikan ada biji didalamnya sebab ada tomato tiada biji dan letak atas tanah cebisan tomato tadi. Kemudian tabur nipis tanah diatas untuk menutupi cebisan tomato. Terus siram sehinggta tanah basah sepeuhnya. Dan setiap hari siram 2 kali sehari sehingga biji benih bercambah

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Guna Medium Tanah Yang Sesuai


Kenapa tanah dipanggil medium? Sebab tanah menjadi perantara antara pokok dan nutrien (pembajaan). Jadi pastikan kita guna tanah yang sesuai. Untuk mencambah biji benih, guna tanah jenis campuran Coco Peat yang sangat terbukti sesuai untuk pemcambahan biji benih. Kalau korang tak pasti, boleh je ke nursery minta nak beli tanahm semai untuk sayur. Nanti nursery akan syorkan tanah coco peat tu.

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Pencahayaan Matahari


Matahari sangat penting dalam pertumbuhan pokok. Tapi adakala matahari juga boleh membunuh pokok. Jadi kena tengok pokok kita pada tahap apa memerlukan matahari. 

Semasa mula semai letak bekas semaian atau pasu di tempat bercahaya tapi tak kena cahaya matahari secara terus. Contoh bawah car porch atau bawah rak meja dan sebagainya. 

Lepas pokok tomato dah bercambah macam  gambar dibawah, barulah ubah ke kawasan kena matahari pagi secara direct. Pokok yang cukup matahari akan membesar dengan kuat, batang akan jadi besar dan keras. Jika batang pokok halus bertali itu tanda pokok tak cukup matahari dan mungkin juga baja.

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Penyiraman Pokok

Semasa semai benih, siram 2 kali sehari agar tanah sentiasa lembab dan basah untuk mempercepatkan percambahan biji.

Semasa tunas daun keluar halus, guna atau  spray atau siram guna penyiram  dahulu supaya batang tak rosak kena siraman air yg kuat dari paip hos air. Masa ni siram 1 hari setiap pagi pun dah cukup.

Semasa pokok besar boleh siram ikut keperluan. Tengok cuaca kalau panas sangat perlu air lebih. Jika pokok dah keluar buah, ianya perlu banyak air untuk memberi khasiat kepada buah.

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Pembajaan Pokok Tomato


Pembajaan ni ada dua jenis melalui medium tanah atau melalui foliar ( direct kepada pokok) kalau pokok dah besar dari medium coco peat kita pindahkan ke pasu besar atau tanah biasa, makan perlu guna baja biji. Bsja ni akan diserap oleh tanah dan khasiatnya dari tanah akan diserap akan ke pokok. 

Jenis Baja boleh guna baja daun untuk suburkan daun dahulu bila pokok sedang membesar. Agak daun dan cantik tu boleh mulakan dengan baja buah pula untuk msrangsang pokok berbunga dan berbuah. (Baja buah sayur juga dikenali baja melon orang panggil untuk pokok jenis tomato, timun, labu, terung). Nak lebih mudah 1 jenis baja je boleh guna baja kopi atau NPK 888 yang teryata bagus untuk pokok jenis macam ni. Hasil buah juga sangat lebat jika kena cara pembajaan. Baja biji ji kena baja setiap 2 minggu sekali.

Kalau nak guna baja air yang mana guna kaedah siraman atau semburan terus ke foliar pun bagus juga. Contohnya baja AB. Boleh siram setiap 3 ke 4 hari. Jadi baja ni kena guna agak kerap berbanding baja biji. Tapi hasilnya sangat cepat berbanding baja biji yang kena masuk ke tanah dulu. Cuma kena pastikan bancuhan cecair A dan B adalah tepat. Tak ada masalah jika kita ada EC meter yang boleh je beli kat Shopee.

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Pancang Pokok Tomato


Pokok tomato perlu ada pancang kayu supaya pokok dapat menampung berat buah. Jadi buah tak la melandut dan rosakkan pokok 

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Saya tanam dalam pasu ni je. Dan setiap 2 minggu tabur baja kopi. Adakalnya saya sembur baja AB juga selang seli.

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Bila tengok dah berbunga memang serokonoknya....

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,

Dan inilah hasil pokok tomato saya. Buah tanam sendiri memang manis je. Terus petik boleh terus makan. Ok sekian tips Mudah Cara Tanam Tomato ni harap dapat membantu. Boleh ke IG saya Enyabdullah83 atau ke hashtag #GardenEnyAbdullah  

Tips tanam tomato, tips semai benih tomato, baja pokok tomato, baja kopi, Baja AB,



 

Post a comment

1 Comments