Orange Buttercake Sedap Sukatan Cawan Dan Gram

Nak share resepi mudah ni mungkin ramai yang nak cuba buat Kek Butter Oren paling mudah. Orange Buttercake Sedap ni resepi Kekny bagi dalam sukatan cawan dan gram ya senang bagi hangpa yang nak try buat. Kekny buat khas resepi untuk yang nak meniaga dan tak perlu ada stok buah oren banyak banyak kat rumah. Kekny akan share cara nak dapatkan rasa oren yang pada kek tu ya.

Kek oren, orange buttercake, kek oren sukatan cawan, kek butter mudah, kek butter oren, sicilian orange cake
Of course la kalau guna fresh buah oren lebih sedap. Kalau nak buat makan sendiri tu tak ada masalah. Tapi kalau nak berniaga kek contohnya jika tiba tiba ada yang nak order Buttercake Orange ni terus kita boleh buat walau tak ada orange kat rumah.

Kek oren, orange buttercake, kek oren sukatan cawan, kek butter mudah, kek butter oren, sicilian orange cake

Tips Orange Buttercake Sedap

Guna Parutan Kulit Oren.

Kulit oren ni boleh dikupas dari  buah yang fresh, potong kecil dan dikeringkan dan simpan dalam peti sejuk.  Bila nak buat kek boleh campurkan dalam adunan

Orange Oil

Orange oil macam pati minyak buah oren yang banyak dijual di kedai baking. Pastikan beli yang premium dan berkualiti untuk ditambah dalam kek. Orange oil ni bukan sahaja boleh masuk dalam kek butter malah boleh dalam kek span, kek kejy, butter cream dan banyak lagi.

Halwa Kulit Oren (Candied Orange Peel)

Kekny paling suka guna kulit oren ni untuk tabur dalam adunan kek juga atas kek. Memang sedap tau.

Guna Strong Flavour

Boleh guna perasa oren seperti kordial oren sunquick yang sangat sedap. 

Guna buttermilk atau susu supaya kek lebih moist dan gebu

Kekny juga akan guna susu yang dicampur kordial oren dan sedikit lemon juice untuk dijadikan buttermilk. 



Kek oren, orange buttercake, kek oren sukatan cawan, kek butter mudah, kek butter oren, sicilian orange cake

Ok lah jom tengok resepi mudah ni yang Kekny pernah share step by step di YouTube seperti video di bawah.



Resepi Kek Butter Oren


Cake pan petak size 8 inch or 9 inch. Atau 2 acuan loaf


Bahan - bahan Kek Butter Oren

250 g / 1 cup pure butter
200 g / 1 cup caster sugar
250 g / 2 cups tepung naik sendiri
4 biji telur
6 tbsp buttermilk oren (campur susu dengan 2 tbsp sunquick cordial)
2 tbs orange peel candy (halwa kulit oren)
2 sudu kecil orange oil



Cara penyediaan Kek Butter Oren

Pukul butter dan gula sehingga betul kembang dan berkrim serta ringan

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Jika ada split tambah 1 sudu tepung.

Masukkan orange oil.
 
Masukkan separuh tepung dan buttermilk oren.

Pukul rata dan masukkan baki tepung lagi.

Boleh tabur parutan kulit oren dan halwa jika suka.


Masukkan dalam acuan dan boleh tabur parutan dan halwa diatas kek.


Bakar suhu 160c ( preheat dulu ya 10 minit) selama 40 minit atau sehingga kek masak.




Post a Comment

3 Comments

  1. Kak Eny, any specific brand orange oil yang kak Eny recommend. Bakery shop Ada yang repack but sometimes rasa acidic sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai Brand Chef Amir. Beli kat Shopee pun ada

      Delete
  2. Sedapnya ! Hujung2 minggu berehat sambil makan kek butter oren ni memang best. Tq resepinya Eny : )

    ReplyDelete