KWSP i Sinar Lulus Tanpa Syarat

Setelah ramai yang kecoh di media social tentang KWSP yang sangat berkira nak luluskan i Sinar ni, akhirnya Kementerian Kewangan Malaysia dah keluarkan kenyataan

I sinar tanpa syarat, lulus i sinar, kwsp,

I sinar tanpa syarat, lulus i sinar, kwsp,



Alhamdulillah KWSP I Sinar boleh lulus tanpa syarat.


Sebenarnya memang kesian golongan terjejas atau hilang punca pendapatan sepanjang PKP.


Yang tak terjejas juga secara tak langsung turut  merasa tempias. Ada yang makan gaji yang buat part time berniaga mesti boleh rasa kurangnya aliran masuk dari berniaga tu sebab ada golongan yang terjejas ni lah mungkin terpaksa stop pembelian dan sebagainya.


Bila kena work from home  perbelanjaan rumah dan utiliti naik sekali ganda. Belum campur dengan  belajar dari rumah, ibu bapa kena sediakan gadget, printer dan internet. 


Semua orang pun terjejas. Bukan yang hilang pendapatan secara terus saja. 


Jadi i sinar lulus tanpa syarat ni bukan sahaja bantu pekerja yang hilang mata pencarian, juga membantu merancakkan ekonomi semula.  


Laku lah sikit goreng pisang cik kiah. Kalau selalu sales 2 tandan pisang. Esok dapat jual 10 tandan pisang. Maklum semua orang dah ber Sinar 😁

Post a Comment

1 Comments

  1. Wah betul ke ni...Alhamdulillah kalau betul. Semoga dapat membantu golongan yg amat memerlukan. dan lindungilah semua makcik pakcik dari scammer yg confirm akan tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

    ReplyDelete