Resepi Wajik Kampung Resepi Dari Emak Mentua

Saya bertuah Mak Mentua saya pandai masak dan antara yang dikenali ramai di kampung atas kehandalannya memasak. Jadi bila ada kenduri tu mesti mak mentua sibuk masak lauk pauk, kuih muih dan juadah warisan macam Wajik atau Pulut Kacau ni. Bolehlah blogger masak macam saya ni belajar. Senang kan hehehe. Wajik mak mentua saya jenis yang lembut dan sangat sedap. Ada sesetengah tempat wajiknya agak keras dan pulut macam sedikit rangup. Tapi versi mak mentua saya buat lembut, lempab, kenyal dan sedap sangat! Jom Kekny share resepi wajik kampung sedap ni.

resepi wajik, resepi pulut kacau, resepi wajik durian, wajik lembut

Sekarang Wajik atau Pulut Kacau ni dah dikormersialkan. Ada pelbagai perisa seperti Wajik Ros dan Wajik Pandan. Cuma bezanya ianya warna mengikut perisa dan tak pakai gula merah. Kalau Wajik tradisi guna gula merah sebagai pewarna asli dan nak sedap ada yang tambah isi durian dalamnya. Aduh teringat kelembutan Wajik emak buat ni sedapnya!

Klik untuk baca entry menarik ni Ketupat Pulut Daun Kelapa

Resepi Wajik dari Mak Mentua Kekny share dibawah ya. Nak lebih mudah tengok ja video kat bawah di You Tube Eny Abdullah. Please subscribe ya kalau tak nak ketinggalan resepi yang Kekny share!



Resepi Wajik Kampung


Bahan-Bahan Wajik Kampung

1 kg beras pulut direndam dahulu semalaman dan kemudian kukus sehingga masak
1 kg gula putih
500gm gula merah dimasak dan dijadikan air gula
1 kg lebih sikit santan pekat
1 mangkuk kecil air
Boleh tambah isi durian jika suka

Cara Menyediakan Wajik Kampung

Dalam kuali masukkan air gula merah, panaskan semula
Masukkan santan pekat, air dan gula pasir. Kacau sampai gula larut. Hati hati supaya santan tak pecah.
Boleh tambah isi durian segar atau lempuk durian. Ada yang guna air ros sebagai perisa atau pandan.
Masukkan pulut kukus panas-panas kedalam kuali tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau
Masak sampai berkilat dah siap wajik atau pulut kacau yang sedap

Post a comment

0 Comments