Panduan Lengkap Cara Mohon I-Sinar KWSP

 Kalau nak tahu permohonan KWSP i-Sinar kini dah dibuka untuk peringkat pertama bagi Golongan Kriteria 1. Jadi jika anda berada di Kategori 1 dan memerlukan untuk membuat pengeluaran maka boleh baca panduan sepert di bawah ya! Untuk makluman Permohonan Online i-Sinar bermula 21 Disember 2020 dan tutup dalam 6 bulan seleas ianya dibuka.


kwsp i sinar, cara mohon i sinar, permohonan online i sinar, pengeluaran kwsp, covid 19 Malaysia


kwsp i sinar, cara mohon i sinar, permohonan online i sinar, pengeluaran kwsp, covid 19 Malaysia


Permohonan dalam talian bermula 21 Disember 2020
 

Cara Permohonan i-Sinar

Kriteria kelayakan Permohonan i-Sinar

Kategori 1

Mereka yang layak termasuk ahli yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di dalam sektor ekonomi gig, yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria bagi Kategori 1 adalah seperti berikut:

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Bagi kategori ini:

Tiada dokumen sokongan diperlukan;
Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP;
Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 21 Disember 2020.
Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021.


Kategori 2

Akan dibuka pada 11 Januari 2021


Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas 1 Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu:

  1. Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; dan
  2. Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau tuntutan kerja lebih masa.

Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Bagi kategori ini, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021.

Untuk memastikan permohonan dipertimbangkan dengan terperinci, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.


Jumlah kelayakan i-Sinar


Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

  1. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.


Permohonan i-Sinar Secara Online

Permohonan boleh dibuat hanya melalui i-Sinar Online di https://isinar.kwsp.gov.my/ bermula 21 Disember 2020 selama 6 bulan.

Klik website link diatas dan isi maklumat yang diminta dan ikut langkah dibawah
kwsp i sinar, cara mohon i sinar, permohonan online i sinar, pengeluaran kwsp, covid 19 Malaysia





kwsp i sinar, cara mohon i sinar, permohonan online i sinar, pengeluaran kwsp, covid 19 Malaysia

Jika ada pertanyaan mengenai i-Sinar boleh terus contact KWSP terdekat ya. Yang penting pastikan akaun yang akan dimasukkan duit nanti adalah akaun yang masih aktif ya!





Post a comment

0 Comments