Tips Pulut Kuning Cantik Berkilat Dan Sedap

Pulut Kuning ni ramai suka kan sebab keenakan dan kelemakan pulut ni apa lagi jika dihidangkan bersama kari, rendang dan sambal tumis. Ramai juga yang buat jualan pulut kuning sebagai sumber pendapatan. Tak susah nak buat pulut kuning jika kita tahu teknik membuatnya. Kekny pun selalu buat jika ada yang tempah atau buat makan sendiri. Kadangakala buat yang jenis hiasan dari sayur. Itu selalunya ditempah untuk majlis perkahwinan dan dibuat hantarann namanya Pulut Kuning Berhias. Ok Nak ke belajar Resepi Pulut Kuning Dan Tips Pulut Kuning Cantik Berkilat dan Sedap ni?


resepi pulut kuning, pulut kuning berhias, cara masak pulut kuning


resepi pulut kuning, pulut kuning berhias, cara masak pulut kuning


Tips Pulut Kuning Sedap Dan Cantik


Kukus Pulut Lebih Cantik Dari Ditanak.

Pulut kuning selalunya dikukus. Kalau nak tanak pun boleh tapi tanak sedikit keras. Bila dah masak baru percikan santan ke atasya. Tapi kalau nak pulut yang cantik, berkilat dan nampak elok mestilah dikukus. 

Rendam dahulu pulut 

bancuh dulu sedikit kunyit dan air panas. Biarkan sejuk. Pulut direndam dengan air kunyit tersebut selama semalaman. 

Tambah Sedikit Pewana Kuning Telur

Warna kuning telur untuk menyerikan pulut kita. Jangan hanya harapkan kunyit sahaja sebab kadangkala wanra kunyit ikut brand kita pakai ada yang warnanya pudar.

Guna santan kotak lebih tahan lama

Jika nak pulut lebih tahan lama dan lambat basi, guna santan kotak yang dicampur air panas. Sukatan ialah 1:1 jika guna 1 kotak santan bersamaan 1 air. Sebab santan kotak ni pekat. Jika tak tambah air pekatnya akan jadikan pulut nampak putih putih

Jika Guna Santan Ssegar 

Guna santan segar memang disyorkan. Rasanya pun sedap tapi pulut kadangkala cepat basi. Nak elakkan basi, lepas gaul santan dan pulut, kukus balik puut yang dah bergaul santan tadi. Dengan cara ini pulut akan lebih tahan lama

Gaul santan ketika pulut masih panas

Ini tips nak dapatkan pulut yang berkilat. Mesti lepas kukus, gaul terus pulut dan santan. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil tekan tekan pulut supaya sebati

Dapatkan warna sama rata

Saya suka tambah pewarna dalam santan supaya bila gaul dengan pulut warnanya tak pudar dan lebih sama rata

Kukus Pulut bersama daun pandan

Ramai yang kukus pulut guna daun pisang kan? sebenanrnya guna daun pandan lebih wangi. Alas je pengukus dengan daun pandan banyak banyak. 

Tambah garam dalam santan

Tambah sedikit garam untuk nak bangkitkan rasa lemak pulut dan lebih sedap.


Pulut Kuning sedap dimakan bersama rendang, kari ayam, kari daging, kari telur, kurma telur, sambal tumis ikan bilis, telur atau udang, rendang kerang dan banyak lagi. Sedapnya kena buat juga lah minggu ni.

resepi pulut kuning, pulut kuning berhias, cara masak pulut kuning



resepi pulut kuning, pulut kuning berhias, cara masak pulut kuning

Ok Jom tengok step mudah sediakan pulut kuning di You Tube Eny Abdullah. Jangan lupa subscribe my You Tube Channel ya!


Resepi Pulut Kuning

Bahan-Bahan Pulut Kuning

1 kg pulut direndam 5 ke 6 jam bersama serbuk kunyit
1 kotak santan dicampur air jadikan 2 cawan. Tambah 1 sudu teh garam dalam santan
pewarna kuning telur (optional)
Daun Pandan secukupnya


Cara Masak Pulut Kuning


Dalam pengukus susun daun pandan didasar periuk.

Buang air rendaman pulut dan tapis. 

Masukkan pulut yang direndam kedalam periuk kukus. Letak atas daun pandan

Ambil senduk, guna pemegang senduk buat lubang atas pulut sampai ke bawah periuk supaya haba daat keluar dan pulut cepat masak

Kukus pulut sehingga masak

Panaskan santan bersama air dan garam. Jangan sampai mendidih nanti pecah santan pula. Tambah pewarna jika suka kedalam santan. Boleh tengok pulut kukus kita tu pudar ke warna dia atau dah elok kuningnya. Jadi nak tambah pewarna ni bergantung pada  keadaan pulut lepas dkukus

Apabila pulut masak cedok masu kedalam bekas besar

Masuk santan sedikit demi sedikit sambil ditekan tekan pulut dengan senduk. Proses ni dinamakan Percik Santan.

Ingat ya kena masuk sedikit demi sedikit supaya santan sama rata kat pulut. Pulut kukus yang kering tadi akan menyerap santan dan jadikan pulut lembut berlemak.

Selesai percik santan, boleh kukus semula jika pakai santan segar dan nak pulut lebih tahan lama. PUlut akan lebih berkilat jika dikukus semula sekejap sahaja.






 

Post a comment

2 Comments

  1. Tips yang berguna dan menarik. Boleh disimpan untuk ingatan nanti bila buat pulut. Tq

    ReplyDelete
  2. tengah malam singgah sini lapar pulak tengok hehe

    ReplyDelete