Cara Mudah Buat Serunding Ikan Utara

Serunding Ikan ni agak popular di negeri Kedah. Sebab Orang Kedah suka makan pulut bersama serunding ikan. Bukan sahaja pulut, serunding ikan juga dihidangkan bersama ketupat palas di hari raya. Haa memang sedap tau serunding ikan ni sebab rasa dan tekture dia lembut sahaja berbanding serunding daging atau ayam dimana tekturenya agak kasar. Kalau nak tahu serunding ni nampak je macam susah tapi bahan dan cara masaknya tak lah susah mana. Cuma masa nak keringkan tu kena betul betul lama supaya serunding lebih kering, tahan lama dan sedap. 

serunding ikan utara, resepi serunding ikan, ketupat palas serunding, serunding mudah, resepi serunding

Serunding Ikan Utara 

Kalau nak buat Serunding ni mesti kena buat banyak kan. Sebab nak masak tu lama. Jadi berbaloi buat banyak sekaligus dan simpan. Kalau nak tahu serunding ni banyak kegunaan dan cara makan dia selain makan dengan ketupat. Jom tengok apa kita boleh buat dengan Serunding Ikan Utara. Boleh juga bagi tip busines produk makan kalau hangpa nak cuba.


serunding ikan utara, resepi serunding ikan, ketupat palas serunding, serunding mudah, resepi serunding


Pulut Sambal Serunding Ikan

Pernah makan Pulut Sambal?. Kalau sini di Kedah ada Pulut Sambal dan Pulut Inti. Beza keduanya pulut inti rasanya manis sebab guna inti kelapa gula merah. Manakala pulut pedas menggunakan serunding ikan. Haa! sini kalau breakfast banyak dijual dibungkus dalam daun pisang kecik-kecik je!


serunding ikan utara, resepi serunding ikan, ketupat palas serunding, serunding mudah, resepi serunding

Ketupat Palas Serunding Ikan

Dan semestinya serunding ikan sedap dimakan dengan ketupat palas. Aduh terbayang raya hari tu sebab PKP maka kami masak serunding ikan dan ketupat sahajalah. Nak balik kampung pun tak boleh. Pagi pagi raya layan ketupat ni cicah serunding, dengan air kopi dan layan movie!


serunding ikan utara, resepi serunding ikan, ketupat palas serunding, serunding mudah, resepi serunding

Pulut Kosong Atau Pulut Lemak Bersama Serunding Ikan

Ada juga dihidangkan bersama pulut  tanak / kukus kosong atau pulut lemak. Puut lemak ni pulut kosong tadi selalunya kukus, disiram santan biar berlemak sikit. Sedap ya amat la makan dengan serunding ikan ni.

serunding ikan utara, resepi serunding ikan, ketupat palas serunding, serunding mudah, resepi serunding

Bubur Nasi Serunding Ikan

Serunding ni juga sedap dimakan bersama bubur nasi kosong. Memang terangkat habis bermangkuk-mangkuk bubur nasi lah kalau tabur serunding ni di dalam

Pulut Kuning Serunding Ikan

Serunding Ikan ni juga sesuai dihidangkan bersama pulut kuning atau dibuat sebagai laisan dalam pulut kuning berhias berlapis. Terkture halus kering serunding ni buatkan pulut dan lapisan tu nampak kemas je berbanding jika guna serunding ayam atau daging


Banyaklah hidangan lain kita boleh guna Serunding Ikan ni. Kena pandai dan kreatif sahaja.  Ok lah jom tengok resepi Serunding Ikan Utara ni



Resepi Serunding Ikan 


Bahan-bahan Serunding Ikan

1 1/2 cawan cili kering
5 batang serai
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar ketumbar
2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
2kg ikan sardin, kembung atau tongkol, direbus bersama asam keping dan garam. Buang tulang dan kisar atau tumbuk
500gm santan pekat

Cara Penyediaan Serunding Ikan


Cara penyediaan ni nak mudah boleh rujuk video di bawah ya. Mudah Sangat!



Post a comment

0 Comments