Nasi Daging Utara Paling Senang Nak Buat

Kadangkala tu tak tahu nak masak apa kan! Dah kering idea. Tapi kena masak juga. Kali ni nak share resepi simple je masa sekali dengan lauk dan cuma buat sambal atau air asam. Mesti pernah dengar kan hidangan signature dari negeri Kedah ni kan. Kekny pun dah banyak kali share Resepi Nasi Daging Utara ni. Tapi dah buat tu nak juga share kat blog. Cumanya kali ni lebih simple sebab guna bahan apa ada. Rasanya tetap sedap! Jom buat Nasi Daging Utara Paling Senang Nak Buat ni


nasi daging utara, nasi daging mudah, resepi air asam kerisik,

Tengok tu kosong je tak ni ada daun sup dan bawnag goreng. Tapi tetap sedap! Rupa saja out. Ok jom lah tegok resepi ringkas Nasi Daging Utara Versi Sempoi habis ni


nasi daging utara, nasi daging mudah, resepi air asam kerisik,

nasi daging utara, nasi daging mudah, resepi air asam kerisik,


Resepi Nasi Daging Utara Paling Senang

Bahan bahan Nasi Daging Utara

3 cawan beras basmathi
Daging potong kecil dan rebus bersama halia, bawang besar belah dan garam.
Rebus sampai lembut. Simpan air rebusan 3 1/2 cawan untuk nasi. Lebih boleh masuk bunjut sup buat sup macam biasa

Kisar halia 2 inci bawang besar 1 ulas dan bawang putih 8 ulas
Minyak masak / butter/ olive oil untuk tumis
3 ke 4 sudu besar rempah sup
Daun pandan
2 ke 3 sudu besar tomato puree ( boleh gantikan dengan buah tomato dicincang atau dikisar atau tak letak pun tak apa)
Garam secukupnya

Cara Penyediaan Nasi Daging Utara

Tumis bahan kisar, rempah sup dan daun pandan sampai wangi. Masuk air rebusan yang dah sukat untuk beras dan daging rebus serta tomaro puree. Masuk beras. Masak macam biasa sampai nasi kering. Jangan kacau, biar air kering sendiri. Bila dah kering tutup periuk dan perlahankan api. Biar sehingga masak. Siap.

Nak senang lepas tumis rempah guna kuali kecil, terus masukkan bahan tumis, air beras serta bahan bahan lain ke dalam periuk nasi eletrik. Masak seperti biasa. 

Hidangkan dengan air asam romato kerisik dan sup tadi. Boleh juga nak buat lauk sampingan lain seperti dalca, dan sebagainya. 

Untuk resepi Air Asam Kerisik boleh KLIK SINI

Post a comment

1 Comments