Pengalaman Saya Ambil Kursus Pengendali Makanan Secara Online Semasa Tempoh PKP

Kursus Pengendali Makanan Untuk Semua Penjual Makanan / Pewarung / Gerai / Home Base atau COD

Kalau nak tahu, di Malaysia setiap pengendali makanan melibatkan jualan makanan atau berniaga makanan samada secara terus di premis atau secara home based adalah wajib untuk mengikuti Kursus Pengendali Makanan Kemneterian Kesihatan Malaysia dari Kelas dan Trainer Berdaftar Kementerian Kesihatan Malaysia. Langkah ini diambil oleh KKM bagi memastikan system penghasilan, penjualan makanan di Malaysia adalah secara teratur, bersih dan mengelakkan berlakunya wabak atau jangkitan penyakit melalui makanan secara meluas. Tindakan mewajibkan ni memang bagus dan kita sebagai pengguna juga rasa terjamin bila nak beli makanan kan? Tapi kebanyakan home based masih ramai yang belum peka dan ada kesedaran untuk menghadiri kursus ini. Ramai pula yang tiada masa nak jalani kursus sebab kerja hakiki dan jadual yang sibuk.

Cara kursus online pengendali makanan, food handler course, kursus penyediaan makanan, kursus kkm

Contoh screenshot manual yang saya dapat dari Kens Training And Consultancy

Kursus Pengendali Makanan Secara Online Semasa Tempoh PKP

Ok nak tahu tak sempena PKP hari tu KKM ada benarkan Kursus Pengendali Makanan Secara Online? Ya secara online supaya mengurangkan risiko jangkitan Covid 19. Semasa PKP ramai yang hilang sumber pendapatan, jadi ramai mengambil pendekatan berniaga makanan. Sebab KKM benarkan kursus ini dijalankan secara online walaupun PKP. Tak perlu ke kelas, atau ambil cuti dan curi kesibukan masa. Duduk rumah atau tempat kerja boleh ambil kursus selama 4 jam ni. Kursus ini tetap diteruskan semasa tempoh PKPP / PKPB hari tu juga. Kekny sempatlah ambil kesempatan berkursus juga sebab Kekny kan berniaga kek di rumah. Jom tengok macam mana Kekny daftar dan pengalaman Kursus Online buat kali pertama ni.


Syarat Kursus Pengendali Makanan Secara Online

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia 
  2. Ada smart phone atau laptop. Kalau Laptop perlu ada Google Chrome. Kalau Smart phone perlu download apps Google Meet
  3. Capaian intenet basic pun boleh tapi mesti yang berterusan tanpa gangguan
  4. Boleh fokus kepada kelas walaupun anda di rumah. Pastikan semasa kursus tiada ganguan dari suami, anak, kucing, ayam itik dan sebagainya. Jika tak beri fokus, pengajar boleh gagalkan anda serta merta dan and perlu bayar dan ulang kelas semula
  5. Tempoh masa kelas adalah selama 4 jam. Ada sesi rehat, sesi jawab test (jangan risau salah pun tetap lulus).
  6. Selesai habis test, trainer akan beri sijil secara pdf dan sijil asal akan di pos ke rumah anda. Dah boleh guna sijil PDF untuk buat pemohonan apa apa ya.


Cara Daftar Pengendali Makanan Secara Online

  1. Mula mula korang boleh cari secara google atau di Facebook search Kursus ni. 
  2. Contact atau whatsapp penganjur kelas. Jadual kelas akan diberi dan boleh pilih tarikh
  3. Beri details nama dan buat bayaran secaran online atau bank transfer. Bayaran ialah RM 50
  4. Pastikan handphone dan laptop ready dengan Google Meet sebelum kelas. 
  5. Dah boleh hadiri kelas online selama 3 ke 4 jam.


Mudah Ke Kelas / Kursus Online Melalui Google Meet?

Senang je nak pakai Google Meet ni. Jangan risau its so simple. Cikgu akan bagi link atau kode. Klik sahaja lin tersebut atau copy code dan paste code di Google Meet. Dan terus dapat masuk dalam Google Meet Kelas tersebut.

Cara kursus online pengendali makanan, food handler course, kursus penyediaan makanan, kursus kkm


Apa yang Kita akan belajar dalam Kursus

  1. Belajar cara menyediakan makanan secara bersih, teratur dan sistematik
  2. Belajar tentang cara penyimpanan makanan mentah, makanan yang dimasak dan suhu penyimpanan yang sesuai
  3. Belajar tentang kesalahan semasa menyediakan makanan 
  4. Belajar tentang bakteria dan kuman yang selalunya ada dalam makanan
  5. Cara pembungkusan makanan bersih, segar dan mengekalkan kesedapan

Cara kursus online pengendali makanan, food handler course, kursus penyediaan makanan, kursus kkm

Cara kursus online pengendali makanan, food handler course, kursus penyediaan makanan, kursus kkm


Tempoh sijil adalah sekali sumur hidup. Jadi pastikan sijil disimpan rapi dan tidak hilang ya. Kalau hilang boleh conctact semula pengajar atau ambil sahaja sekali lagi.

Tak rugi masuk kursus ni. Kalau tak terlibat dalam food business dan rasa nak belajar dan tambah ilmu pun boleh. Boleh sediakan makanan kepada keluarga dengan lebih bersih dan terjamin kan.

Kekny share kursus yang kekny ambil hari tu adalan dengan Kens (Klik Sini untuk ke FB Page) dan boleh whatsapp nombor pengajar yang tertera di page 


Post a comment

1 Comments