Laksa Guna Sardin Tin Tapi Sedap

Siapa yang suka makan laksa tapi nak buat laksa tu rasa bercinta sangat! Ye lah kan mana nak siang ikan, nak rebus dan asingkan isi dan tulang. Paling renyah nak kisar atau tumbuk isi ikan. Ada proses yang selalu kami buat ialah tulang ikan pun dikisar sekali dan ditapis ambil airnya. Haa begitu rumitnya nak buat kuah laksa yang kuahnya sedap dan manis ikan tu terasa. Tapi sekarang nak mudah boleh je guna ikan sardin tin. Rasanya Kuah Laksa Ikan Sardin Tin ni tak lah sesedap ikan segar tapi masih boleh diterima. Kalau di Penang, orang cina (kami panggil laksa cina) memang menggunakan ikan sardin tin ni untuk dibuat laksa adakalanya dicampur sekali ikan fresh dan ikan sardin. Lagi sedap sebenarnya!

laksa ikan sardin, kuah laksa sardin tin, sardine assam laksa,

Okay lah memandangkan nak buat resepi laksa guna ikan sardin ni mudah je. Kekny akan share resepi dan video kat bawah nanti. Cuma nak share tips sikit buat laksa. mana tahu ada yang masih gaga dapatkan rasa kuah laksa yang sedap!

Tips Kuah Laksa Sardin Lebih Sedap

Sardin Berkualiti

Guna sardin tin jenis berkualiti. Saya selalu guna ayam brand atau jenama King Cup. Tapi Ayam Brand terbaik sebab isi ikan nya manis dan tak pahit. Serta isi ikan tu tak hitam. Kalau nak sedap guna ikan Sardin ( isinya ketulan besar) dan bukan Ikan Mackarel ( jenis ikan kecik seekor seekor tu)



Guna bawang besar sahaja

Ramai tak tahu kalau ikutkan kami di Kedah sini guna bawang besar sahaja sebagai ramuan dalam kuah laksa. Tak pakai sebarang bawang putih atau bawang merah. Bawang besar akan dikisar dengan cili kering yang direbus lembut. Terus sahaja masuk dalam periuk tak payah tumis dah


Asam Keping

Asam keping memainkan peranan penting dalam menghasilkan kuah laksa yang sedap. Pastikan asam keping baru ( tidak hitam) dan asam ni rendam sekejap bagi kembang. Bila kita rebus dalam kuah asam akan lebih kembang dan buatkan kuah rasa masam yang sedap.

Daun Kesum Dan Bunga Kantan

Nak sedap mesti ada 2 bahan utama ni tapi kalau tak ada salah satu pun dah cukup. Kalau tak ada langsung nak guna apa? kalau tak ada postpone je lah buat laksa kau tu. Kahkahkah

Tumbuk Isi Ikan

Isi ikan sardin jangan kisar semua. Simpan separuh dan tumbuk dengan lesung supaya nanti kuahnya masih ada teksture ikan kasar kasar yang akan buatkan kuah lebih sedap

Belacan

Laksa yang sedap perlu letak sedikit belacan. Ramai hairan kenapa laksa ada belacan. Eh ada lah!




laksa ikan sardin, kuah laksa sardin tin, sardine assam laksa,


Resepi Laksa Kuah Sardin


Bahan-bahan Laksa Kuah Sardin

2 tin sardin mackerel atau sardin biasa 
2 ulas bawang besar
30 tangkai cili kering dipotong pendek dan direbus lembut, tapis dan buang biji
5 ke 6 keping asam keping / asam gelugur
2 batang Bunga Kantan
Segenggam atau secekak daun kesum
1 sudu teh belacan
1/2 sudu teh ajinomoto ( optional) 
Air secukupnya 


Cara penyediaan Laksa Kuah Sardin


Kisar bawang besar, belacan dan cili kering dengan sedikit air sehingga halus.

Tuang dalam periuk kuah.

Sardin atau mackerel separuh dikisar halus bersama kuahnya. Separuh ditumbuk. Masukkan terus dalam periuk kuah

Masukkan air dan adjust kepekatan kuah.
Masukkan asam keping dan mula buka api. Masak api perlahan sehingga mendidih. 
Dah mendidih masukkan daun kesom dan bunga kantan. Masukkan garam dan ajnomoto
Biar merenih lama sikit sehingga hilang buih buih dalam kuah.
Hidangkan dengan mee laksa dan ulam ulaman.

Jom tengok video yang Kekny upload kat You Tube ni. Jangan lupa subscribe ya!





 

Post a comment

1 Comments