Berbaloi Ke Beli Kain Lap Norwex Yang Digelar Kain Dari Kayangan Ni?

Sekarang viral kain lap kayangan Norwex di social media. Harganya memang agak mahal. Dan sebab tu lah ianya menjadi bualan ramai. Buat yang tak tahu apa itu kain Norwex korang kena baca sampai habis. Mana tahu korang salah seorang yang memerlukan kain kain begini. Bagi Kekny kalau membantu dan dapat jimatkan why not kan. Cuma Kekny tak lah beli lagi. Masih melihat lihat dan membaca review kain Norwex adakah berbaloi dibeli setanding harganya. 

review kain norwex, cara guna kain norwex, kain lap kayangan, harga norwex, norwex kitchen cloth review

Apakah Norwex

Norwex ialah jenama kain pengelap pelbagai guna yang kini mendapat tempat di Malaysia. Ianya ada pelbagai jenis dari kain mencuci make up di muka, kain lap perabot, kain lap rumah, lantai, bilik air dan sehinggalah kain dibuat alas masakan bergoreng tanpa serap minyak. Fuh hebat kan! 

review kain norwex, cara guna kain norwex, kain lap kayangan, harga norwex, norwex kitchen cloth review


Kelebihan Kain Norwex 

Ini info saya dapat dari beberapa orang seller Norwex di Facebook

Perangkap Habuk Halus Macam  Penapis Udara

Nak beli penapis udara HEPA kadang tu mahal kan. Hah lap je guna kain di permukaan atau rumah. Kain Microfibre yang sangat halus (1/200 dari ukuran rambut manusia). Boleh perangkap habuk halus yang kain biasa tak boleh.

Self Cleaning Guna Air Je!

Norwex Microfibre boleh hilangkan kotoran daripada permukaan dengan guna air je (different cloth for different surface)

BacLock dalam kain (agent micro-silver antibakteria) mempunyai fungsi “self-cleaning”.  Tak Payah guna sabun, bahan kimia yang berbahaya, dan sebagainya.

Banyak Kegunaan Dan Fungsi Ikut Jenis Kain

Boleh membersihkan semua permukaan termasuk bilik mandi - paip, sink, bath tub, tandas dan lain-lain), dinding, tingkap, lantai, kenderaan, mainan, peralatan dapur, perabot luar dan dalam rumah

Ada warranty

Katanya kain ni ada  Warranty up to 2 years. Fuh beli kain mana kat dunia ni ada warranty kan. 


review kain norwex, cara guna kain norwex, kain lap kayangan, harga norwex, norwex kitchen cloth review


Siapa yang patut ada kain Norwex ni?

Untuk Yang Ingin Menajaga Kesihatan dan Alam Sekitar

Kepada yang nak amalkan healthier lifestyle serta yang concern untuk greener planet untuk generasi akan datang. 

Untuk Kulit Sensitif

Yang mempunyai masalah kulit sensitif, sebab untuk bersihkan hanya guna kain lap norwex dan air je

Untuk Yang Ingin Berjimat Dan Minimakan pengunaan Dan Penyimpanan Bahan Kimia

Jimat bahan pencuci sebab hanya guna air sahaja boleh keeluar semua kekotoran. 


Teknik Pemasaran Norwex Yang Bagus


Kekny pun jual kek. Memang saya pakai premium ingredients. Jadi kek saya memang agak mahal harganya. Tapi ada baker yang jual kek dengan murah. Sebab guna bahan yang murah. Keduanya tak salah pun asalkan korang beritahu apa bahan korang guna. Jadi yang mana kurang mampu boleh beli yang murah dan yang mana nak rasa kek premium boleh beli yang mahal. So niche pasaran kita lain lain. Target market kita lain lain. Jadi tak salah kalau kita target mana mana satu golongan sasaran kan. 

Macam tu jugalah dengan Marketing Strategy Norwex ni. Korang rasa kalau Norwex sehelai harga RM10 sahaja, dan Norwex tak letak harga kayangan agak agak korang kenal tak kain ni? Mesti krik krik je kan. Ha sebab tu kadangkala teknik marketing sebagai salah satu produk premium item ini ialah niche yang bagus. Biar viral. Biar meletup! 

Pada saya berminat juga nak beli tapi tunggu dulu lah sebab dahulukan keperluan lain dulu. Sebenarnya tak salah nak beli kain lap mahal macam ni. Yang jual pun tak salah sebab bukanya penjual tu paksa hangpa beli ye dak? Jadi tak tahu kenapa ramai agak "bitter" dengan seller Norwex dan pengguna Norwex. Kita rasa kita mampu belilah, kalau rasa tak mampu maka beli sahaja kain biasa yang kau bitter habis sampai up post mengutuk tu dah kenapa?. Selagi kerajaan Malaysia tak wajibkan kau guna Norwex ni tak payah la kita mencaci sumber rezeki dan perniagaan orang. Time PKP ni ramai yang terkesan dan mungkin terpaksa jual pelbagai produk sebab nak cari rezeki kan? 

Jom berlapang dada dengan Norwex ni. Kot lapang juga rezeki kita mana tahu boleh beli 10 helai sekaligus hahahaha

Sekian, 
Eny Abdullah
Bukan Ejen Norwex

Post a Comment

5 Comments

  1. Sedang menjadi tumpuan kain norwex ni.

    ReplyDelete
  2. Kain Norwex ni efortless dan senang je nak guna sebab guna kain and air je. Lepas tu sesuai untuk kurangkan chemical sebab gna microfiber.. kalau maknan dh cuba yg organic.. apakta untuk kain pula tkar ke norwex. Kitchen cloth serendah 49.00 je boleh jimat tak perlu beli tissu dapur lap lap minyak .

    Apepun... hai sy , Lisa baru sign up as Norwex consultant,

    It's a new & good product from Norway. Bagus untuk bantu bersihkan rumah, tengah viral dengan title "Kain Lap Kayangan" hihi 🤭🌈✨

    Kalau interested with any Norwex Product or need more info boleh roger Lisa ya. Thanks ! 🥰 https://norwexlisa.wasap.me

    ReplyDelete
  3. Kain ni mmg best dan apa yg ditulis dlm ni mmg sy support..

    Siapa berminat boleh la dm saya di instagram @faryshaib

    ReplyDelete
  4. Apa yg disampaikan sy support sbb sy pon mmg pengguna norwex

    Berminat boleh dm sy di instagram @faryshaib

    ReplyDelete
  5. Kain ni mmg best dan apa yg ditulis dlm ni mmg sy support..

    Siapa berminat boleh la dm saya di instagram @faryshaib

    ReplyDelete