Viral Nasi Goreng Butter Permaisuri Agong

Hari tu viral Nasi Goreng Butter Permaisuri Agong yang dimasak oleh YAM Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram beliau. Disebabkan nampak sangat simple dan mudah, bahan pula ada jadi saya pun terus cuba! Aduhhhh Sedap rupanya bila buat nasi goreng butter guna pulak butter premium. Selama ni saya ada juga guna butter tapi tak dapat dan tak sampai rasa butter tu. Haa ada sebabnya ya!

Nasi goreng permaisuri agong, Tuanku Azizah, resepi tuanku azizah, air tangan tuanku pahang, raja permaisuri agong

Tips Nasi Goreng Butter Lebih Sedap!


Guna butter premium atau butter tulen. 

Rasanya lebih harum dan wangi. Kalau dulu saya guna butter murah jenama B tu saja kurang sikit aroma butter dia

Jangan Guna Bawang Untuk Tumis

Patutlah selama ni saya buat nasi goreng butter, tak bau butter langsung, dan tak ada rasa. Sebab rasa dan bau bawang yang kuat dah ambil rasa butter tu. Bila saya ikut macam Raja Permaisuri Agong terus masuk cili je tak tumis dah baru dapat rasa nasi goreng butter yang sedap

Tumis Cili Sehingga Masak

Cili tu saya kisar kering guna food processor. Saya tumis sampai betul-betul garing. Barulah sedap dan tak bau maun cilinya. Nanti nak cuba buat guna cili padi pula

Tambah Bahan Leftover diakhir gorengan
Raja Permaisuri Agong juga tambah bahan leftover seperti beef steak lebihan dinner, ikan goreng yang dibuang tulang, isi ayam dan sebagainya di akhir gorengan. Masa dah masuk nasi. Bukan masuk semasa tumis which saya rasa kebanyakan kita buat macam tu. Barulah rasa butter tetap meresap dalam nasi dan bahan tamabahan memberi kemeriahan kepada nasi goreng. Tapi versi saya buat ni say atak lah masuk apa apa sekadar telur sahajalah. 

Ok dah tahu tu jom lah cuba resepi Tuanku yang simple tapi sangatlah sedap!

Nasi goreng permaisuri agong, Tuanku Azizah, resepi tuanku azizah, air tangan tuanku pahang, raja permaisuri agong

Resepi Nasi Goreng Butter Raja Permaisuri Agong


Bahan-bahan  Nasi Goreng Butter Raja Permaisuri Agong

2 mangkuk nasi sejuk 
1/2 ketul butter
3 ke 4 biji cili merah ditumbuk atau kisar dengan garam
4 biji telur atau kurangkan pun boleh

Cara penyediaan Nasi Goreng Butter Raja Permaisuri Agong

Panaskan kuali dan masukkan butter biarkan sehingga cair.

Masukkan cili dan tumis sehingga cili garing dan masak

Masukkan telur dan kacau rata. Kalau tak nak cili dan telur bersatu, ketepikan sikit cili di tepi kuali baru masukkan telur ke dalam kuali

Akhr sekali masukkan nasi dan kacau rata sehingga garing. Boleh tambah bahan sampingan seperti leftover ikan goreng, ayam dan sebagainya.

Nak lebih mudah boleh tengok kat video You Tube Eny Abdullah di bawah ni. Jangan lupa subscribe ya.




 

Post a comment

0 Comments