Tips Mulakan Bisnes Kek Dengan Resepi Old School Buttercake Versi Bajet

Hai semua.. Mesti ramai dok tunggu Resepi Old School Buttercake ni kan sebab Kekny janji semalam nak share resepi hari ni. Sebenarnya bila Kekny tengok ramai yang terkesan dengan Pandemic Covid 19 yang melanda dunia sekarang, selain masing masing terkurung di rumah, ada yang terjejas ekonomi mereka. Kesian pada yang kena diberhentikan kerja, terpaksa tutup perniagaan, terpaksa ambil cuti tanpa gaji. Sebab tu Kekny rasa yang mana kita yang masih bergaji tetap ni tolong serba sedikit. Tak banyak pun tapi biar sedikit. Kalau ramai yang tolong walau sedikit kan dah jadi banyak juga kan. Tapi nak tolong macam mana? Ok langkah pertama Kekny nak tolong hangpa yang nak start bakery jual kek simple simple sesimple Buttercake ni. 

butter cake old school, butter cake old fashioned, butter cake latifolia, latifolia margarine, butter murah, kek butter sedap, resepi buttercake mudah

Tips Asas Memulakan Bisnes Kek Dari Rumah 


Beli oven biasa bukan industrial oven

Oven saiz sekurangnya dalam 55 ke 60 liter. Yang boleh muatkan acuan paling besar 10 inci petak dan bulat. Jangan beli oven kecil sangat sebab kek yang elok naikya perlukan oven yang panas sekata dan suhunya tak terlalu panas. Oven terlalu kecil selalunya akan overheat dan kek naik berkerak, hangus serta membuncit.

Beli stand mixer murah bajet dalam RM 200 ke RM 300

Jangan focus pada brand ye. Ada yang katanya nak brand Kitchen Aid baru nak buka bakery. Kitchen Aid ni kalau paling murah pun untuk home used je. Jadi beli yang biasa macam brand Philips, Cornell atau Pensonic. 

Acuan Kek

Tetapkan dulu kek apa nak buat. Kalau Buttercake size 8 inci mulakan dengan 2 atau 3 acuan 8x8x4 inci. Jangan bisness belum mula apa dah beli acuan kek dari size 4 inci ke size 13 inci hahahaha

Produk

Faktor pembelian mesin dan peralatan bergantung kepada produk apa kita nak jual. Kalau nak jual brownies je, boleh hold dulu beli mixer sebab brownies tak perlu pakai mixer. Kalau nak buat buttercake dimana butter dan gula kena betul pukul baru gebu, jadi belilah stand mixer.  


Tetapkan juga size produk kita dan buat costing berapa untung kita boleh dapat setelah tolak kos.

Packaging

Tentukan nak letak kek dalam kotak? Atau bekas plastik? atau dalam kotak cantik berhias? Semua ni korang boleh check dan survey di kedai baking apa jenis kotak yang ada dan check skali harga. Kalau nak buat kek bajet memadai lah guna kotak biasa atau kotak plastik. Kalau nak pos pula boleh survey kotak kek jenis keras dan juga kos bubble wrap.



Nak Guna Premium Butter atau Butter Biasa Yang Murah

Ini terpulang pada permintaan dan target market kita. Dua dua tak salah. Kalau resepi dan teknik silap, pakai butter harga RM20 seketul macam Golden Churn pun tak akan jadi. Tapi kalau pandai olah guna marjerin pun sedap. Keduanya ada pros dan cons. 

Bagi saya saya suka butter premium sebab rasa lemak dia lain. Ada customer tahu bezanya guna premium butter.

Adakalanya saya suka bau lembut marjerin pada butter dan guna marjerin atau butter yang biasa pun dah memadai. Ada customer tak kisah asal kek tu sedap, rupa elok, gebu dan paling penting mampu milik. Nak anytime beli boleh je tak ada berkira kira nak makan ke tak nak beli ke tak sebab mahal.

Ha jadi ambil kira faktor diatas, hang pa boleh bahagikan produk dan market tu kepada dua. Bagitahu kat customer nak jenis premium atau jenis biasa. Bagitahu kelebihan setiap satunya. Contohnya Kek Butter Premium guna butter mahal, harga agak mahal tapi lemak sedap dan harum bau susu je. Kek butter biasa, lebih moist, tahan lama dan harga sangat murah. Yang penting kita pandai bagi highlight kelebihan je ya, bukan keburukan.





butter cake old school, butter cake old fashioned, butter cake latifolia, latifolia margarine, butter murah, kek butter sedap, resepi buttercake mudah

butter cake old school, butter cake old fashioned, butter cake latifolia, latifolia margarine, butter murah, kek butter sedap, resepi buttercake mudah

Review Latifolia Margerin

Untuk kek butter kali ni saya guna butter yang sangat mampu milik harganya iaitu Butter Latifolia. Dah lama saya dengar dari kawan kawan bakers yang kata butter tong ni sedap dibuat kek dan biskut walaupun harganya murah. Harga saya beli online sekitar RM16 ke RM17 bagi 1.8kg. Murah kan! Tapi rasanya sedap sangat dan kek sangat moist! Boleh cuba ya!

butter cake old school, butter cake old fashioned, butter cake latifolia, latifolia margarine, butter murah, kek butter sedap, resepi buttercake mudah





Resepi Kek Butter Old School


Acuan Size 8X8 inci


Bahan-bahan Kek Butter Old School

250 gram tepung naik sendiri
250 gram butter Latifolia (boleh guna buttercup atau Planta)
6 sudu besar buttermilk ( susu dicampur 1/2 sudu besar cuka)
220 gram gula caster
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh butter oil (butter flavour)
1/2 sudu teh garam

Cara Penyediaan Kek Butter Old School

Putar gula dan butter sehingga betul-betul berkrim

masukkan telur sebiji demi sebiji bersama esen vanilla

masukkan tepung dan buttermilk berserta butteroil dan garam

Kaup pakai spatula atau putar sekejap sahaja. Selepas masuk tepung jangan putar lama atau kek akan jadi 'liat'

Bakar ada suhu 160 selama 45 minit atau sehingga kek masak.




 

Post a comment

2 Comments

  1. Terima kasih tip dan perkongsian.

    ReplyDelete
  2. semoga yang merancang memulakan bisnes sukses2 semuanya :)

    ReplyDelete