Semolina Buttercake ( Kek Suji) Yang Sedap Dan Harum

Salah satu kek kegemaran saya ialah Semolina Buttercake atau ada yang panggil Kek Suji atau Sugee Cake. Di sesetengah tempah kek ni dipanggil Eurasian Sugee Cake. Memang susah nak beli di kedai kek atau bakery. Homemade baker pula tak semua tahu membuat kek ni. Silap buat sujinya keras dan liat.

Semolina Buttercake, kek suji, sugee cake, eurasian sugee cake, tepung suji, suji buttercake

Eurasian Sugee Cake 

Mengambil dari perkataan European dan Asian ianya berasal dari kek yang dibuat oleh golongan berdarah kacukan asia dan eropah. Ini sebab dulu zaman Belanda dan British ramai pendatang asing ke Tanah Melayu dan ada yang berkahwin dan menetap di Tanah Melayu. Zaman sekarang mereka masih mengekalkan budaya dan tradisi serta makanan termasuk sekali Sugee Cake ni. Tapi sekarang semua orang pun dah pandai buat kek ni dan digemari semua bangsa

Teksture Dan Rasa Kek Suji

Kek ni rasanya sedikit berbiji biji sebab kita guna semolina tu. Bau dia macam ada bau bijirin sikit. Rasanya memang sedap. Ada resepi yang letak parutan kulit oren, limau dan versi non halal diletakkan brandi. Tips nak buat kek suji ni ialah kena guna mentega tulen baru rasanya harum berlemak. Dan suji juga perlu diadun dengan butter dan dibiarkan semalaman supaya suji tadi lembut dan kembang. Baru kek tidak keras dan liat serta kering.


Semolina Buttercake, kek suji, sugee cake, eurasian sugee cake, tepung suji, suji buttercake

Semolina Buttercake, kek suji, sugee cake, eurasian sugee cake, tepung suji, suji buttercake

Ok jom tengok resepi. Video macam biasa boleh tengok kat bawah atau subcribe my Youtube channel Eny Abdullah untuk video dan resepi menarik 




Resepi Kek Suji

Bahan-bahan 
 
225gm butter tulen
105 gm sugee /suji /semolina

Campuran ni perlu disediakan awal semalaman. Campurkan butter dan sugee. Pukul sehingga kembang. Masukkan dalam mangkuk dan biarkan semalaman supaya suji kembang. 

Esoknya bolehla mula mengadun kek suji ni ya

115gm tepung naik sendiri
5 biji telur
150gm caster sugar
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh vanilla

Cara penyediaan
Pukul telur dan gula sehingga kembang betul, pekat gebu dan berganda

Masukkan adunan butter dan suji, tepung, susu pekat, esen vanilla. Pukul sekejap sampai rata sahaja dan boleh masukkan dalam acuan. Saya paki acuan bundt size 10 cm. Boleh pakai acuan petak 4 segi size 8 atau 9 inci ya.

Bakar selama 45 minit subu 160c atau sehingga masak sepenuhnya 




Post a comment

0 Comments