Lontong Tumis Cara Saya!

Kekny adalah peminat lontong! Walaupun berdarah utara, dan bukanlah dari Johor hehehe. Alah masakan Malaysia ni tak kira lah negeri apa asalkan sesuai selera kita kan. Kekny sukakan lontong yang kuahnya tak terlalu pekat. Kemudian mesti ada sambal sotong kering (hanya sambal sotong sahaja yang Kekny suka) dan wajib ada kuah kacang juga. Kekny punya lontong adalah style tumis. Jadilah lontong tumis cara Eny Abdullah!


Lontong tumis, resepi lontong mudah, lontong sedap, lontong udang

Kalau bahan lontong tu Kekny suka letak udang basah yang siap dibuang kulitnya. Dan bahan wajib ada ialah foocuk, tempe, tauhu, sengkuang (kuah lebih manis jika letak sengkuang). Ini yang wajib letak. Kalau bahan sayur lain tu kadang tak kisah mana ada letak je.

Lontong tumis, resepi lontong mudah, lontong sedap, lontong udang

Bila dah letak sambal tumis sotong dan kuah kacang, gaul rata rata dengan kuah lemak atau kuah lodeh tu jadi sedaaapp sangat! Paling suka hirupkuah lontong tu manis je rasa sebab kita letak sengkuang. Makan dengan nasi himpit segera je. Kalau yang mana rajin boleh la buat lontong sendiri ya.

Lontong tumis, resepi lontong mudah, lontong sedap, lontong udang







Resepi Lontong Tumis

Bahan-bahan 
1 paket ketupat nasi mini direbus dengan sedikit garam
500ml santan pekat
3 ketul tempe dipotong
2 bungkus fucuk direndam lembut dan dipotong pendek
Suun secukupnya direndam lembut
Separuh kecik sengkuang dipotong panjang halus
¼ bahagian kubis dipotong nipis 
2 batang lobak merah dipotong memanjang
Kacang panjang dipotong pendek
1 mangkuk besar udang dibuang kulit
2 ulas bawang besar dibelah 8
2 biji cili merah dihiris nipis
2 sudu besar chilli flakes
sedikit minyak untuk tumis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar atau tumbuk
3 sudu besar udang kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
sedikit halia

Cara penyediaan 

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi baunya.

Kemudian masukkan bahan sayur beserta santan.

Masak sambil kacau dan biarkan sehingga mendidih dan lembut sayurnya.  Masukkan garam dan gula secukup rasa

Hidangkan bersama ketupat nasi, nasi himpit bersama serunding atau kuah kacang. Saya suka tambah sambal sotong kering

Post a Comment

1 Comments